KUALA LUMPUR: Malaysia berikrar akan mengambil bahagian secara aktif dalam misi berterusan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk membolehkan rangkaian pengangkutan udara global serta objektif strategik terutama dari segi keselamatan dan penambahbaikan kemudahan agar lebih bersedia menghadapi pemulihan industri penerbangan pasca COVID-19.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata beliau turut mengulangi komitmen kerajaan Malaysia bagi menyokong inisiatif ICAO dengan tumpuan khusus terhadap objektif keselamatan dan penambahbaikan kemudahan selepas mengambil kira kesan ekonomi akibat COVID-19 ke atas sektor penerbangan.
"Malaysia menyokong dan menghargai usaha yang dilakukan oleh ICAO terutama Pasukan Petugas Khas Pemulihan Penerbangan Awam (CART) yang terdiri daripada negara anggota, organisasi serta pemain industri serantau dan antarabangsa.
"Ia menangani cabaran pandemik dan menyediakan panduan ke arah pemulihan serta pembukaan semula sektor penerbangan yang selamat dan mampan," katanya dalam ucapan pembukaan Future Aviation Forum 2022 di Riyadh, Arab Saudi pada Isnin.
Beliau juga berkata adalah penting bagi semua penggiat industri penerbangan untuk merangka strategi bagi menyesuaikan diri dengan normal baharu dengan melihat ke hadapan melangkaui pandemik demi kelangsungan hidup.
Wee berkata tindakan sewajarnya dan diselaras yang diambil oleh negara berbeza juga penting dalam menstabil serta menyokong industri penerbangan masing-masing iaitu melangkaui syarikat penerbangan dan lapangan terbang mereka.
"Kerajaan semua negara juga perlu menangani dan membolehkan pemulihan ekonomi yang lebih luas bagi memastikan industri penerbangan dapat meneruskan peranan pentingnya dalam menyediakan kesalinghubungan, memacu kemakmuran negara dan pertumbuhan pekerjaan," katanya.
Beliau turut mencadangkan pengenaan protokol kesihatan yang lebih mudah, konsisten dan boleh diramal untuk perjalanan udara.
Ini termasuk membenarkan penumpang yang sudah divaksinasi melakukan perjalanan tanpa langkah tambahan dan penggunaan ujian antigen prapelepasan bagi penumpang yang tidak divaksinasi.
"Langkah lain yang memerlukan pertimbangan lanjut adalah bagi mengelakkan ujian sejurus ketibaan dan memansuhkan sekatan perjalanan.
"Pelonggaran sekatan perjalanan juga harus dipercepat sebagai mengiktiraf fakta bahawa pengembara tidak menimbulkan risiko jangkitan COVID-19 yang lebih besar berbanding yang sudah wujud dalam kalangan masyarakat umum," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022

WEE: Ia menangani cabaran pandemik dan menyediakan panduan ke arah pemulihan serta pembukaan semula sektor penerbangan yang selamat dan mampan. - Gambar fail/BERNAMA

Bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam meninggal dunia
Perkhabaran duka itu disahkan sendiri anak lelakinya, S. Sunther pada Selasa.

Ismail Sabri kunjungi Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengunjungi lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA) di Turkiye.

7 terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali
Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.

Lagi insiden pesawat SpiceJet mendarat cemas, kali ini di Pakistan
Sebuah pesawat penumpang India yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan cemas di bandar pelabuhan Karachi pada Selasa akibat masalah teknikal.

KPDNHEP selaras tindakan dengan agensi penguatkuasaan atasi ketirisan minyak masak ke Thailand
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama semua agensi penguatkuasaan akan menyelaraskan tindakan bagi membendung ketirisan minyak masak.
![AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976661/thumbnails/4194788161657027627957_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya; 1.Semalam suami kelar isteri, anak, hari ini anak tikam leher ibu kandung. 2. Mahkamah Tinggi tolak permohonan Ahmad Zahid, cuba halang penerbitan semula kenyataan Tun M 3. PM arah bantuan segera kepada semua mangsa banjir Baling

Banjir Baling: Kerajaan umum bantuan awal RM500,000 untuk mangsa - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan awal kepada mangsa banjir di Baling, Kedah dengan peruntukan sebanyak RM500,000.

Agenda AWANI: 50 Tahun | CGC pacu pembangunan PMKS
CGC mengeluarkan lebih 515,000 jaminan kredit berjumlah RM88.7 billion kepada bank-bank di Malaysia yang telah meluluskan pembiayaan kepada lebih 360,000 PMKS sejak 50 tahun lalu. Bagaimana ia penting dalam memacu pertumbuhan PMKS negara ini? Ikuti temu bual bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak dalam Agenda AWANI.

Jenazah ibu, bayi mangsa kelar selamat dikebumikan satu liang
Dua beranak yang meninggal dunia dalam insiden kejam di Kampung Bakar Batu semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, jam 8.10 malam ini.

Ibu Maut | Dipercayai anak tikam leher ibu
Seorang warga emas maut dipercayai ditikam di leher oleh anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang juga pesara guru ditemukan di dalam bilik tidur dalam keadaan berlumuran darah.

Malaysia ikrar sertai misi ICAO bagi pemulihan industri penerbangan pasca COVID-19
Malaysia berikrar akan mengambil bahagian secara aktif dalam misi berterusan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).