PUTRAJAYA:Malaysia mengimport bawang dari pelbagai negara sebagai strategi untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan tidak bergantung kepada sesebuah negara sahaja, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
"Jika sesebuah negara tersebut mengalami bencana alam seperti kemarau, banjir, gempa bumi dan tanah runtuh atau melaksanakan sekatan ekonomi, maka Malaysia tidak akan terancam dan bekalan bawang tidak terganggu walaupun harga mungkin menerima impaknya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bekalan bawang di Malaysia diimport dari 29 negara dengan lima negara adalah pengeksport terbesar iaitu India (36 peratus), Pakistan (23 peratus), China (19 peratus), Belanda (9.0 peratus) dan Thailand (7.0 peratus).
Katanya, India merekodkan jumlah terbesar pengimportan bawang iaitu sebanyak 149,539,411 kilogram (kg) dan jumlah itu adalah berdasarkan 'minat dan cita rasa rakyat Malaysia'.
Terdapat lapan jenis bawang yang diimport ke Malaysia iaitu Bawang Kecil Merah Import, Bawang Besar Import, Bawang Kecil Merah Rose Import (India); Bawang Merah Import, Bawang Kecil Merah Import (China); Bawang Kecil Merah Import (Myanmar); Bawang Kecil Merah (Thailand) dan Bawang Besar Kuning (Holland).
Pada 14 Sept kerajaan India mengeluarkan arahan larangan eksport ke atas semua jenis bawang kecuali jenis Bangalore Rose dan Krishnapuram bertujuan menampung keperluan domestik di negara berkenaan berikutan bencana banjir yang berlaku pada Julai lepas.
Berikutan itu, sebanyak 121 syarikat pengimport mula meningkatkan jumlah pengimportan bekalan bawang dari negara seperti Pakistan, China, Belanda dan Thailand.
Dalam pada itu, Nanta berkata harga bawang adalah sama seperti harga barangan lain yang bergantung kepada bekalan dan permintaan.
"Jika bekalan kurang dan permintaan tinggi, maka harga akan naik. Inilah juga sedang berlaku kepada bawang India dan sedikit sebanyak mempengaruhi keseluruhan bekalan bawang kecuali beberapa jenis bawang seperti bawang Holland," katanya.
Sementara itu, Nanta berkata pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus melakukan pemeriksaan dan pemantauan berkaitan bekalan dan harga bawang termasuk di peringkat pembekal, pemborong dan peruncit.
Katanya, pihak kementerian tidak teragak-agak untuk melaksanakan harga kawalan seperti termaktub dalam Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 2) (Pindaan) 2020 jika keadaan mendesak dan memerlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 23 2020

Nanta berkata, India merekodkan jumlah terbesar pengimportan bawang iaitu sebanyak 149,539,411kg. - Gambar hiasan

Isu Kartel Daging | Tiga pegawai MAQIS direman lima hari kes daging import
Tiga pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) direman lima hari bermula Selasa untuk siasatan kerana disyaki terbabit kegiatan rasuah berhubung kemasukan daging beku tidak dibenarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Banjir | Perkembangan banjir di Sabah
Keadaan banjir di beberapa daerah di Sabah yang dilihat makin pulih apabila bilangan mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara, PPS banjir semakin menurun tengah hari ini. Untuk perkembangannya, terus sahaja bersama wakil Astro AWANI di Sabah, Ruzaini Zulkepli.

Politik Rusia | Alexei Navalny ditahan sehingga 15 Februari
Mahkamah Rusia memerintahkan pemimpin pembangkang terkemuka Alexei Navalny ditahan sehingga 15 Februari ini. Keputusan itu dianggap pengkritik sebagai sudah diatur lebih awal selepas ditahan sebaik berada di Rusia.

Selepas hujan pasti ada pelangi, Naim Daniel harap rakyat Malaysia terus tabah
Saya berharap semua tabah dalam memastikan kewarasan masing-masing, kata Naim.

Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.

PKP 2.0 tidak halang Aina Abdul lancar lagu baharu bulan depan
Aina sangat teruja untuk melancarkan lagu baharu itu kerana ia amat istimewa buatnya.

'Ia sesuatu yang amat buruk', Bautista Agut samakan kuarantin di hotel dengan penjara
Risiko terdedah kepada koronavirus dalam pesawat sewaktu menuju ke Australia, 72 pemain kini dikuarantin di hotel selama dua minggu.

Ringan beban kontraktor, CIDB lanjut Inisiatif PRIHATIN hingga 31 Mac
Keputusan itu dibuat selepas meneliti impak gelombang ketiga wabak COVID-19 khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jangkitan baharu COVID-19 menular, China bimbang pergerakan rakyat pada sambutan Tahun Baharu
Pada Isnin, China mencatatkan 118 kes baharu, iaitu bertambah berbanding 109 pada hari sebelumnya.

Premier League sahkan 16 lagi kes positif COVID-19
Premier League menjalankan dua ujian dalam tempoh seminggu di antara 4 dan 10 Januari lalu, yang secara keseluruhan telah mengesan 36 kes positif.

Pengguna disaran guna bawang negara lain - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihatkan pengguna supaya memilih bawang merah import dari negara lain susulan harga bawang dari India melonjak pada masa ini.

CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah
CAP melakukan tinjauan sekitar pasar Pulau Pinang dan mendapati harga bawang merah import dari China, Holland dan Pakistan meningkat daripada RM4.00 kepada RM10.50 sekilogram.

Malaysia import bawang dari pelbagai negara, elak gangguan bekalan
Bekalan bawang di Malaysia diimport dari 29 negara dengan lima negara adalah pengeksport terbesar iaitu India, Pakistan, China, Belanda dan Thailand.

'Tiga barang RM10' - Kedai Wan Tarmizi jadi popular
Walaupun untung sedikit namun itu cara Wan Mohd Tarmizi membantu orang ramai mendapatkan barang keperluan pada harga yang memuaskan hati.

Pondok internet disediakan untuk pelajar SMK Bawang Assan ulang kaji pelajaran
Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) SMK Bawang Assan sama-sama berganding bahu menyediakan tiga pondok internet bagi memudahkan mereka mengulang kaji pelajaran ketika tempoh ini.

Bawang putih sebagai penawar? Ini mitos tentang COVID-19 yang perlu anda tahu
Ada kaedah rawatan yang dipaparkan tidak dapat disahkan malah ada juga yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia.

Tiada bukti saintifik petua viral mampu elak influenza- Lee Boon Chye
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, langkah wajar yang sepatutnya diamalkan ialah menjaga kebersihan diri serta mengambil pemakanan seimbang.

Harga bawang India paling tinggi dicatat di Pulau Pinang, RM24 sekilo
Harga bawang India paling tinggi direkodkan di Pulau Pinang dengan RM24 sekilogram berbanding di negeri lain di seluruh negara.

KPDNHEP beri jaminan bekalan bawang mencukupi - Saifuddin Nasution
Bagi menampung bekalan bawang merah dari India yang ketika ini mengalami kekurangan bekalan, kerajaan mengimport lebih banyak bawang dari negara lain seperti Belanda, China dan Pakistan.

PPIK gesa KPDNHEP siasat kenaikan harga bawang merah
PPIK gesa PDNHEP negeri Kelantan memberi penjelasan sebenar mengenai kenaikan harga bawang merah di negeri ini.