MALAYSIA
Malaysia, Indonesia disaran berkolaborasi perkukuh ekosistem teknologi serantau
Prof Dr Phar Kim Beng (kiri) berpandangan infrastruktur tenaga elektrik perlu diperkukuh bagi menyokong pertumbuhan AI, manakala Dr Fithra Faisal menekankan bahawa ASEAN perlu muncul sebagai pencipta teknologi, bukan sekadar pengguna.
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia disaran berkolaborasi dalam membangunkan ekosistem teknologi serantau dengan memanfaatkan teknologi sedia ada daripada kuasa besar global.
Tim Pakar Badan Komunikasi Pemerintah (Indonesia), Dr Fithra Faisal Hastiadi berkata langkah itu pada akhirnya berupaya menjadikan ASEAN secara keseluruhan sebagai pencipta teknologi, bukan sekadar pengguna.
"Kita perlu berkolaborasi. Indonesia, dalam konteks ini, mempunyai sumber yang lebih banyak khususnya berkaitan unsur nadir bumi, manakala Malaysia pula mempunyai kelebihan awal yang jauh lebih unggul dari segi penggunaan teknologi, khususnya dalam sektor semikonduktor serta ekosistem sokongannya.
"Melalui kerjasama ini, kita boleh mewujudkan limpahan pengetahuan hasil daripada perbincangan dan kolaborasi berterusan, yang akhirnya membawa kepada konvergensi antara negara-negara ASEAN.
"Pada akhirnya, apabila kita bercakap tentang Malaysia atau Indonesia, kita sebenarnya bercakap tentang ASEAN, menjadikan ASEAN sebagai satu jenama bersama, sepertimana Kesatuan Eropah," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Institut Pengantarabangsaan dan Kajian ASEAN (INTAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Phar Kim Beng berpandangan infrastruktur tenaga elektrik, khususnya di kedua-dua negara jiran itu, perlu diperkukuh bagi menyokong pertumbuhan kecerdasan buatan (AI).
"Ini merupakan satu sasaran yang perlu dicapai berdasarkan pelaksanaan ASEAN Power Grid, di mana sumber penjanaan tenaga boleh datang daripada hidroelektrik sama ada di Yunnan, Kalimantan atau Sarawak.
"Apa yang penting, kita perlu memastikan kejayaan proses ini supaya kapasiti elektrifikasi dapat mencapai sehingga 10,000 kilowatt, sekali gus membolehkan peralihan ke era kecerdasan buatan dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan," jelasnya.
Kedua-dua pandangan itu disuarakan dalam program Agenda AWANI hari ini.