awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Indonesia mampu kukuhkan ASEAN - Dino Patti Djalal

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2024
20:15 MYT
Malaysia-Indonesia mampu kukuhkan ASEAN - Dino Patti Djalal
Hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia mampu untuk mengatasi banyak masalah yang dihadapi ASEAN. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Keserasian dalam banyal hal antara Malaysia dan Indonesia mampu menjadi tiang untuk memperkuatkan hubungan antara negara-negara ASEAN.
Menurut Pengasas dan Pengerusi Foreign Policy Community of Indonesia (FPCI), Dino Patti Djalal, hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia mampu untuk mengatasi banyak masalah yang dihadapi ASEAN.
Beliau juga menjelaskan, banyak potensi yang boleh diterokai oleh kedua-dua negara untuk memperkukuhkan lagi ASEAN.
"Kita juga bisa kerjasama lebih erat untuk bagimana memperkuatkan ASEAN kerana ASEAN sekarang di 'crossroads'.
"Kita harus memetakan 20 tahun ke hadapan dan ASEAN lagi ditarik-tarik sekarang ke pelbagai penjuru dan lagi banyak diuji, masalah Myammar dan Rohingya misalnya.
"Jadi Malaysia dan Indonesia boleh menjadi tunggak untuk memperkuat kesatuan ini, jadi cukup banyak kerjasama yang boleh dilakukan Indonesia dan Malaysia," katanya.
Malaysia dan Indonesia juga, menurut Dino, mampu bekerjasama erat dalam usaha memperkuatkan lagi usaha kelestarian.
"Kita perlu ada koordinasi agar posisi ASEAN mengenai 'net zero' lebih kuat.
"Sekarang sudah kuat tetapi ini cuma atas kertas, kalau di Eropah net zero target itu sudah jadi undang-undang, jadi kalau tidak dipenuhi akan melanggar undang-undang, kalau kita masih belum.
"Di Indonesia punya sasaran yang tinggi, tapi tidak ada pelan yang jelas untuk merealisasi net zero.
"I think carbon market is the future, masih mengeliat, amat 'struggling', saya belum tahu di Malaysia bagaimana.
"Tetapi there is so much opportunity to transition to a green economy," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa yang dikendalikan oleh Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail yang juga presiden Iswami.
Dino menjelaskan Malaysia dan Indonesia harus membuktikan kepada negara lain dalam usaha mereka menjaga hutan.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#hubungan
#net zero
#green economy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan