Ringkasan AI
- Peningkatan Pensijilan Halal: Malaysia dan Indonesia sedang berusaha untuk menaiktaraf pensijilan halal agar diiktiraf oleh kedua-dua negara, mempercepat pembangunan industri dan produk halal. Penggunaan Sijil Halal JAKIM: Kedua-dua negara bersetuju untuk mengizinkan penggunaan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke atas barangan yang dimport dari Malaysia dan sebaliknya. Forum Industri Halal ASEAN: Keputusan bersama untuk mengadakan forum industri halal peringkat ASEAN dan mewujudkan Majlis Halal ASEAN untuk mengkoordinasikan pengeluaran sijil halal serta menjadikan ASEAN sebagai pasaran besar untuk produk halal.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu bagi mempercepat pembangunan industri dan produk halal kedua-dua negara.
“Bagi saya ini suatu yang perlu diatasi segera kerana soal halal ialah soal fatwa, feqah dan kebersihan.
“Saya sebagai Pengerusi Majlis Halal Negara merasakan munasabah untuk kedua-dua negara berkompromi untuk kembangkan produk halal antara kedua-dua negara.
“Begitu juga dengan pasaran halal intra-ASEAN, apatah lagi diperingkat dunia dengan pasaran luas bernilai USD1.3 trilion,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Malaysia-Indonesia usahakan pengiktirafan bersama sijil halal - Zahid
Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Zahid menjelaskan, kedua-dua negara bersetuju untuk mengizinkan penggunaan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang boleh digunakan terus ke atas barangan yang dimport dari Malaysia dan sebaliknya.
Keputusan bersama juga dicapai untuk mengadakan forum industrI halal peringkat ASEAN, dengan Majlis Halal ASEAN akan diwujudkan untuk mengkoordinasikan bukan hanya pengeluaran sijil halal tetapi menjadikan ASEAN sebagai pasaran besar untuk produk-produk di kalangan negara ASEAN dan intra ASEAN.
Ahmad Zahid mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia yang berakhir dengan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia, Prabowo Subianto hari ini.
Agenda AWANI: Cerita perang dagang, kerjasama halal dan TVET
