awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia jadi pengantara konflik Selatan Thailand

Marlina Manaf
Marlina Manaf
28/02/2013
14:28 MYT
Malaysia jadi pengantara konflik Selatan Thailand
Malaysia setuju untuk jadi orang tengah kepada proses rundingan bagi mencari penyelesaian kepada konflik di wilayah Selatan Thailand.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, penglibatan Malaysia itu adalah atas jemputan Thailand selepas melihat kejayaan mengusahakan perjanjian persetujuan bersama antara pemerintah negara itu dengan Barisan Revolusi Nasional, (BRN), Mkumpulan pejuang pembebasan Islam di Selatan Thailand.
“Saya optimis kerana melihat wujudnya komitmen ikhlas oleh kedua-dua parti, untuk mencari keamanan yang berpanjangan di wilayah selatan.
“Sekiranya momentum ini diteruskan, perjanjian akhir boleh dilaksanakan dalam masa terdekat. Malaysia akan memainkan peranan kami,” kata Najib ketika sidang media bersama Yingluck.
Sementara itu, Yingluck menghargai kesungguhan Malaysia mengusahakan inisiatif untuk membolehkan rakyat di wilayah bergolak itu mengecapi keamanan.
“Kami menghargai sokongan Malaysia terhadap proses dialog ini, dan kami mahu terus melihat ke hadapan,” kata Yingluck.
Rundingan tersebut akan dilaksanakan menerusi jawatankuasa kerja bersama Malaysia-Thailand.
Thailand akan diketuai Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaannya, Paradon Pattanathabutr, sementara Malaysia akan menamakan perantara bagi pihaknya dalam masa terdekat.
Rundingan antara kerajaan Thailand dan BRN dijadual berlangsung di Kuala Lumpur dua minggu lagi.
Sementara itu, kedua-dua pemimpin turut bersetuju meneroka bidang baru kerjasama, untuk meningkatkan hubungan bilateral Kuala Lumpur-Bangkok.
Ini termasuk bidang perdagangan, perdagangan, projek pembinaan jambatan menghubungkan Sungai Golok dengan sempadan Malaysia. Dalam pada itu, Malaysia turut memeterai empat perjanjian persefahaman (MoU) dengan Thailand. Ia melibatkan usaha meningkatkan pembangunan sektor swasta di sempadan, rentas sempadan, belia dan sukan, dan perjanjian pertukaran dokumen melibatkan majlis sekretariat perniagaan.
Lawatan Yingluck ini adalah sempena rundingan tahunan Malaysia-Thailand kali yang kelima.
Topic Berkaitan
#Barisan Revolusi Nasional (BRN)
#Hassan Taib
#keamanan
#Lt Jen Pharadorn Phatthanatabutr
#Malaysia
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan