MALAYSIA
Malaysia jadi sasaran ejen perisikan luar kerana lantang terhadap kekejaman Zionis - PM Anwar
Perdana Menteri bercakap pada sesi waktu pertanyaan Menteri sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Ada keperluan untuk negara mengambil langkah-langkah tambahan untuk meningkatkan keupayaan keselamatan di sempadan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas beberapa insiden kehadiran ejen perisikan antarabangsa, terutamanya dari agensi perisikan Israel, Mossad, selain menjadi Lokasi penyeludupan senjata dan dadah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau mengambil maklum bahawa negara mungkin menjadi sasaran memandangkan Malaysia sangat tegas dan lantang dalam menyuarakan keadilan untuk penduduk Gaza yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis Israel.
“Sebenarnya bahaya kehadiran daripada perisik antarabangsa termasuk Mossad memang dikenalpasti. Pada tahun 2012, seperti Yang Berhormat (Machang) sebut, memang (pensyarah dari Palestin, Dr Fadi Mohammad al- Batsh Fatma) dibunuh … cuma (ejen) mereka ini cukup canggih dan pantas, lari sebelum dikenal pasti.
“Paling akhir kes pasangan suami isteri Melayu dari Selangor yang bersekongkol dengan agen Mossad, seludup senjata dari Thailand, (kemudian) ditangkap dan ditahan di penjara. Saya setuju langkah tambahan memang diambil Kementerian Dalam Negeri, dan Kementerian sedang kenal pasti dan tingkatkan keupayaan kita,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Dewan Rakyat) yang mahu mengetahui langkah kerajaan bagi mengelakkan kemasukan ejen Mossad ke negara ini.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan meningkatkan kawalan sempadan susulan beberapa insiden melibatkan ejen perisikan asing, terutamanya dari Mossad serta kegiatan penyeludupan senjata dan dadah.
- Malaysia dikenal pasti sebagai sasaran berisiko kerana pendiriannya yang tegas dan lantang dalam menyuarakan keadilan untuk rakyat Gaza yang menjadi mangsa kekejaman rejim Israel.
- Kerajaan mengambil langkah tambahan melalui Kementerian Dalam Negeri untuk menambah baik keupayaan pengawasan dan mengenal pasti kelemahan keselamatan, termasuk siasatan ke atas kes individu tempatan yang didakwa bekerjasama dengan Mossad.