PUTRAJAYA: Memorandum Kerjasama (MoC) berhubung penghantaran pekerja mahir Malaysia dan sektor tertentu untuk bekerja di Jepun akan dimuktamadkan oleh kedua-dua negara, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata ia antara inti pati utama dalam rangka lawatan kerjanya ke Jepun bermula esok (25 Mei) hingga 28 Mei depan, bersempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke negara itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Saravanan berkata beliau akan menandatangani MoC itu bersama-sama dengan Menteri Kehakiman Jepun Yoshihisa Furukawa, selain melibatkan penyertaan Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan serta Agensi Polis Negara Jepun.
"Matlamat MoC adalah untuk membantu memartabatkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam kalangan pekerja tempatan.
"MoC itu juga memberi peluang kepada rakyat tempatan memperoleh pengalaman dan kepakaran di Jepun untuk satu tempoh masa dan apabila mereka pulang kelak, mereka dapat menyumbang kepada industri berkaitan di Malaysia," kata Saravanan.
MoC berkenaan menggariskan 14 sektor penghantaran pekerja mahir merangkumi pelbagai industri iaitu perkakasan dan bahagian mesin, penerbangan, pembaikan dan penyelenggaraan automobil serta jentera perindustrian.
Saravanan berkata MoC tersebut juga selaras dengan hasrat kerajaan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) iaitu mencapai sasaran 35 peratus pekerja berkemahiran tinggi dalam guna tenaga negara.
Dalam rangka lawatan kerja itu, Saravanan juga dijadual melawat Cyberdyne Studio untuk melihat teknologi neuro-robotik tercanggih, Robot Suit HAL iaitu robot cyborg pertama di dunia berkaitan pemulihan dan rehabilitasi.
"Ia akan menjadi penanda aras untuk penubuhan Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan yang bakal dibina di Perak," kata Saravanan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022
Saravanan memaklumkan beliau akan menandatangani MoC itu bersama-sama dengan Menteri Kehakiman Jepun Yoshihisa Furukawa. - Gambar fail
Legenda badminton dunia berkumpul di menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
[TERKINI] Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Seorang pengurus syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu. Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Pas puji tindakan pantas kendalikan tragedi helikopter TLDM
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Penghormatan terakhir mangsa nahas helikopter
Ikuti perkembangan terkini bersama wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud, langsung dari Ipoh, Perak untuk upacara penghormatan terakhir dan pengebumian 10 wira negara yang maut dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan udara TLDM, Lumut, pada pagi Selasa.
Malaysia, Jepun bakal muktamad MoC penghantaran pekerja mahir - Saravanan
Memorandum Kerjasama (MoC) berhubung penghantaran pekerja mahir Malaysia dan sektor tertentu untuk bekerja di Jepun akan dimuktamadkan oleh kedua-dua negara.