awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2025
06:37 MYT
Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini
Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.- Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif terbaharu itu membabitkan syarikat minyak dan gas milik kerajaan Sarawak, Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dengan kerjasama Petronas.
"Premier Sarawak, yang turut hadir di sini, telah memberikan jaminan bahawa dengan sokongan Perdana Menteri, Shigeru Ishiba, kerjasama dalam teknologi baharu dan hidrogen ini akan menjadi satu kejayaan.
"Insya-Allah, kami berharap dapat mempercepatkan usaha ini secepat mungkin untuk memenuhi tarikh akhir, mungkin pada bulan Mei, apabila kita bertemu sama ada di Tokyo atau di Kuala Lumpur," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba sempena lawatan rasmi pemimpin berkenaan ke Malaysia di Putrajaya pada Jumaat.
Dalam pada itu, negara menzahirkan penghargaan kepada Jepun atas kerjasama jangka panjang bersama Petronas Liquefied Natural Gas (LNG) dan kini meneruskan kerjasama dalam bidang Carbon Capture Utilization Storage (CCUS) melalui dasar tenaga bersih Petronas.
Anwar berkata, ini termasuk kolaborasi penghantaran kargo LNG neutral karbon kepada Shikoku Electric dan Hiroshima Gas.
"Saya turut menyebut tentang pembentukan grid tenaga ASEAN yang melibatkan Laos, Thailand, Malaysia, dan Singapura, serta inisiatif Sarawak untuk membangunkan kabel tenaga bawah laut dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia dan juga ke Singapura.
"Sudah tentu usaha ini akan memerlukan penyertaan daripada Jepun selain negara-negara yang terlibat," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Jepun
#Tokyo
#tenaga hidrogen
#Shigeru Ishiba
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan