awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Jerman mahu bekerjasama dalam biodiversiti, ekologi, perubahan iklim - PM

Bernama
Bernama
17/02/2023
14:00 MYT
Malaysia, Jerman mahu bekerjasama dalam biodiversiti, ekologi, perubahan iklim - PM
Anwar berkata Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier telah menunjukkan minat dalam bidang-bidang tersebut dan berharap usaha ini akan dapat membawa lebih ramai pelabur ke negara ini. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia berhasrat untuk bekerjasama dengan Jerman dalam bidang biodiversiti, ekologi dan perubahan iklim, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier telah menunjukkan minat dalam bidang-bidang tersebut dan berharap usaha ini akan dapat membawa lebih ramai pelabur ke negara ini.
"Kita boleh memulakan kerjasama ini dengan memfokuskan dahulu dalam sektor tenaga dan pengurusan sisa," katanya dalam sidang media bersama Steinmeier di Perdana Putra di sini hari ini.
Anwar juga berharap lawatan Steinmeier ke Kuching, Sarawak esok, akan memberikan peluang kepada beliau untuk melihat komitmen Malaysia dalam melindungi hutan hujannya.
"Esok beliau akan pergi ke alam semula jadi dan (melihat) perlindungan iklim di sana dan berharap beliau akan dapat melihat sejauh mana komitmen Malaysia, dalam melindungi hutan hujan dan bertukar pandangan bersama pakar di Sarawak," katanya.
Steinmeier, yang dalam lawatan negara tiga hari ke Malaysia bermula semalam, dijadualkan untuk melawat Taman Negara Tanah Lembap Kuching dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh di Kuching esok, sebelum berlepas pulang ke Berlin.
Sementara itu, Steinmeier berkata Malaysia dan Jerman mahu meningkatkan kerjasama dua hala dan berkongsikan komitmen dalam menangani perubahan iklim.
"Hari ini bercakap pasal politik, esok mengenai perlindungan iklim," katanya dan menambah yang beliau amat gembira untuk ke Sarawak untuk melihat komitmen Malaysia dalam melindungi hutan hujan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Presiden Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan