awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Kanada perkukuh kerjasama banteras ancaman keganasan

Bernama
Bernama
25/04/2017
13:04 MYT
Malaysia, Kanada perkukuh kerjasama banteras ancaman keganasan
Hishammuddin memperkenalkan panglima-panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia kepada Harjit yang melawat Kementerian Pertahanan hari ini, 25 April, 2017. --fotoBERNAMA
Malaysia dan Kanada bersetuju untuk terus memperkukuh dan menyelaras industri pertahanan, kerjasama antara tentera kedua-dua pihak, dan dalam hal kepentingan strategik bagi membanteras ancaman keganasan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sekalipun tugas memantau militan Daish terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri, kementeriannya juga bertanggungjawab bila ia melibatkan kegiatan militan.
"Mesyuarat ini begitu komprehensif dan bermakna. Kami berbincang mengenai perkara penting pertahanan, termasuk langkah memperkukuh hubungan dan strategi ketenteraan.
"Malaysia juga memang ingin bekerjasama dengan Kanada dalam mendepani dan mencari penyelesaian terhadap ancaman baharu (terrorisme) yang kita hadapi hari ini," kata beliau.
Hishammuddin becakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Kanada Harjit Singh Sajjan di Wisma Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Hishammuddin berkata mereka turut membincangkan isu geoplolitik, isu bilateral, serantau dan antarabangsa yang berkaitan kepentingan bersama.
"Kita akan juga memantau situasi geopolitik dalam bidang pertahanan bersama menerusi kontak yang dicapai sebelum ini," kata beliau.
Turut hadir ketua setiausaha kementerian Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.
Terdahulu, Harjit Singh memeriksa Perbarisan Kehormat Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota pelbagai pangkat, diketuai Major Shah Putra Junui. Sementara itu, Harjit Singh menyambut baik penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP), sambil menyifatkannya sebagai cara terbaik untuk berkongsi pengetahuan dan menjadi lebih proaktif.
"Latihan tentera yang kita adakan sebelum ini dan ia sentiasa menjadi keperluan agar dapat menangani ancaman keganasan," kata beliau.
KSCIP, inisiatif Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul Aziz Al Saud, tidak sahaja memfokus kepada aspek ketenteraan tetapi juga elemen akademik.
Peranan utamanya ialah membanteras ancaman pengganas dan penyebaran dakyah dan ideologi golongan ekstremis dan pengganas. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daish
#Harjit Singh Sajjan
#Hishammuddin Hussein
#Kanada
#Kementerian Dalam Negeri
#Malaysia
#Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan