awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kecam serangan di TAI, minta rakyat Malaysia waspada

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2024
23:40 MYT
Malaysia kecam serangan di TAI, minta rakyat Malaysia waspada
Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang memantau rapat perkembangan insiden di ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI). - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan di ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI).
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang memantau rapat perkembangan insiden itu.
"Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan berkenaan," memetik kenyataan tersebut.
Malaysia pada masa sama merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Turkiye dan keluarga mangsa yang terkorban dan berharap supaya mereka yang cedera agar segera sembuh.
Pada Rabu, berlaku letupan dan bunyi tembakan kedengaran di kemudahan Turkish Aerospace Industries di daerah Kahramankazan, 40 kilometer di utara Ankara.
Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya berkata kejadian itu mengakibatkan lima orang maut manakala 14 yang lain mengalami kecederaan.
Dilaporkan bahawa kakitangan firma pertahanan itu diarahkan ke tempat perlindungan atas sebab keselamatan.
Sehubungan itu, Wisma Putra menasihati semua rakyat Malaysia di Turki untuk kekal tenang, waspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan/atau Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul melalui butiran berikut:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI ANKARA Alamat: Büyükesat, Koza Sk. No:56, 06700 Çankaya/Ankara No. Telefon: +(90) 312 44635 47/48 +(90) 507 8128406 (selepas waktu pejabat) Emel: [email protected] PEJABAT KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI ISTANBUL Alamat: Esentepe Mah. Ali Kaya Sok. No:1 Polat Plaza, B Blok, Kat: 8, 34394 Şişli/İstanbul No. Telefon: +(90) 212 98910 01/09 +(90) 531 7160551 (selepas waktu pejabat) Emel: [email protected]
Topic Berkaitan
#letupan
#Turki
#Wisma Putra
#Turkish Aerospace Industries
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan