awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kecam serangan kejam Israel ke atas Hospital Kamal Adwan di Gaza

Bernama
Bernama
18/12/2023
13:03 MYT
Malaysia kecam serangan kejam Israel ke atas Hospital Kamal Adwan di Gaza
Serangan terhadap kemudahan kesihatan merupakan satu ciri pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. - Gambar fail/AP
PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam tentera peneceroboh lsrael ke atas Hospital Kamal Adwan di Gaza yang menjadi tempat perlindungan dan rawatan bagi rakyat Palestin.
Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), serangan terhadap kemudahan kesihatan merupakan satu ciri pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
"Kepungan ke atas Gaza jelas merupakan jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa. Ia melanggar hak asasi manusia iaitu hak untuk hidup dan hak untuk menentukan nasib sendiri.
"Tindakan memaksa orang awam berpindah serta cubaan menjadikan Gaza sebagai tempat yang tidak dapat didiami mesti ditamatkan," menurut kementerian itu.
Konvensyen Geneva 1949 dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa menuntut perlindungan dan menghormati maruah semua mangsa konflik.
Ini termasuk mengurus jenazah mangsa yang telah terkorban dengan penuh hormat.
Selain itu, orang awam di Gaza mesti dilayan dengan perikemanusiaan dan hak mereka untuk pulang wajib dihormati.
Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa untuk menggunakan semua cara yang ada untuk mengelakkan kehilangan nyawa dan menamatkan penderitaan rakyat Palestin dengan segera, menurut kenyataan itu.
"Rejim Israel tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa. Israel mesti dipertanggungjawabkan atas jenayah yang telah dilakukannya terhadap rakyat Palestin.
"Adalah penting bagi masyarakat antarabangsa secara kolektif menangani krisis kemanusiaan yang semakin mendesak dengan menamatkan serangan Israel ke atas orang awam di Gaza.
"Malaysia tetap dengan pendirian bahawa serangan berterusan ke atas orang awam merupakan jenayah perang dan Israel mesti dipertanggungjawabkan atas perbuatan itu dan tindakannya menduduki wilayah Palestin," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Palestin
#serangan Israel
#Hospital Kamal Adwan
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan