MALAYSIA
Malaysia kecam serangan udara Israel di Damsyik - PM Anwar
Serangan Israel sejak awal minggu ini mengakibatkan kemusnahan harta awam dan korban jiwa, termasuk kanak-kanak. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam serangan udara terbaharu oleh Israel di Damsyik yang sekali lagi jelas melanggar kedaulatan Syria serta mengorbankan nyawa orang awam yang tidak bersalah.
Ringkasan AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, serangan itu juga merupakan satu pencabulan nyata terhadap undang-undang antarabangsa dan Perjanjian Pengunduran 1974 antara Israel dan Syria.
"Syria telah melalui pelbagai penderitaan sepanjang lebih sedekad lalu. Rakyatnya berhak menikmati keamanan, bukannya terus dihimpit keganasan atau campur tangan kuasa luar," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Malaysia, tegas Anwar, berdiri teguh menyokong rakyat Syria dan menggesa agar segala bentuk pencabulan itu dihentikan serta-merta selain menuntut komitmen baharu terhadap prinsip kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan beberapa siri serangan udara Israel menyasarkan kawasan sekitar ibu negara Syria, Damsyik, sejak awal minggu ini.
Serangan berkenaan dilaporkan mengakibatkan kemusnahan harta benda awam serta mengorbankan beberapa orang awam termasuk kanak-kanak.
Israel sebelum ini kerap melakukan serangan ke atas wilayah Syria kononnya bagi mengekang kehadiran kumpulan proksi Iran, namun tindakan itu dikecam banyak pihak kerana melanggar kedaulatan Syria serta memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedia meruncing di negara berkenaan.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan udara terbaharu Israel sebagai pelanggaran kedaulatan Syria dan undang-undang antarabangsa, serta mengorbankan orang awam tidak bersalah.
- Malaysia menyeru agar keganasan dihentikan segera dan menuntut komitmen terhadap prinsip kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang, serta menyatakan sokongan padu kepada rakyat Syria.
- Serangan Israel sejak awal minggu ini mengakibatkan kemusnahan harta awam dan korban jiwa, termasuk kanak-kanak; tindakan tersebut dikritik kerana memperburuk krisis kemanusiaan Syria yang berlarutan.