Skip to main content

Malaysia

Malaysia kekal antara yang terbaik dalam indeks keyakinan pengguna - Ipsos

81636008198_Ipsos.jpg
Malaysia kekal antara negara yang mencatatkan prestasi tinggi dalam Indeks Keyakinan Pengguna Ipsos bagi April 2026, menduduki tangga kedua di Asia Tenggara dan keempat pada peringkat global, meskipun penyusutan sentimen.

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal antara negara yang mencatatkan prestasi tinggi dalam Indeks Keyakinan Pengguna Ipsos bagi April 2026, menduduki tangga kedua di Asia Tenggara dan keempat pada peringkat global, meskipun penyusutan sentimen.

Firma penyelidikan pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia merosot 6.1 mata bulan ke bulan, didorong oleh peningkatan ketidaktentuan global yang dikaitkan dengan konflik di Asia Barat.

Advertisement

Menurut Ipsos, seiring dengan penurunan keyakinan pengguna, rakyat Malaysia dijangka menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara termasuk mengurangkan perbelanjaan dan menangguhkan pembelian bernilai tinggi.

“Ini menunjukkan sikap lebih berhati-hati dalam kalangan rakyat Malaysia, walaupun negara ini terus mencatatkan prestasi lebih baik berbanding kebanyakan 30 ekonomi yang dipantau.

“Perniagaan pula perlu mengimbangi peningkatan kos dengan pengguna yang semakin berhati-hati dan sensitif terhadap harga,” menurut syarikat itu.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video