awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal bebas, sentiasa amal prinsip tidak berpihak - PM Anwar

Azib Zikry
Azib Zikry
06/06/2024
03:48 MYT
Malaysia kekal bebas, sentiasa amal prinsip tidak berpihak - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia akan terus berusaha untuk kepentingan nasional dan strategik yang ditakrifkan mengikut syarat sendiri. - Foto fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Malaysia adalah sebuah negara bebas, dan enggan mengikut sahaja mana-mana pandangan kuasa besar dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa perbincangan dan spekulasi yang berterusan mengenai pemilihan pihak bukan sahaja tidak produktif tetapi hanya akan menambah ketidakpercayaan dan kecurigaan oleh negara lain.
Anwar mengambil contoh hubungan baik Malaysia di antara dua blok kuasa besar China dan Amerika Syarikat, yang menekankan pandangan satu pihak sahaja akan menjejaskan hubungan tidak baik.
“Dalam hal ini, Malaysia mengekalkan hubungan yang kukuh dan membuahkan hasil dengan kedua-dua China dan Amerika Syarikat.
“Pada masa sama, Malaysia akan terus meneruskan hubungan yang produktif dan bermakna dengan rakan kongsi kami lain sama ada rakan kongsi strategik dan komprehensif strategik yang telah lama wujud.
“Malaysia mempunyai sejarah yang membanggakan sebagai sebahagian daripada Pergerakan Negara-Negara Berkecuali semasa Perang Dingin,” tambahnya lagi.
Menurutnya, Malaysia akhir-akhir ini dilihat sebagai cenderung kepada satu pihak dalam apa yang dipanggil sebagai perubahan strategik dari pihak lain.
Namun bagi Anwar, ini bukan sahaja penyederhanaan berlebihan tetapi juga salah faham besar terhadap kepentingan dan watak nasional negara.
Menurut Perdana Menteri, Malaysia akan terus berusaha untuk kepentingan nasional dan strategik yang ditakrifkan mengikut syarat sendiri.
Katanya Malaysia berdiri untuk keamanan, kemajuan, dan kebersamaan dan yang paling penting, mematuhi undang-undang dan kerjasama antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Amerika Syarikat
#China
#Bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan