MALAYSIA
Malaysia kekal berkecuali meskipun latihan ketenteraan bersama AS, Australia - Adly
Adly berkata Malaysia akan terus memperluaskan penyertaan dalam latihan pelbagai hala dan dua hala, meningkatkan perkongsian maklumat strategik serta memperkukuh hubungan pertahanan dengan negara sahabat.
KUALA LUMPUR: Malaysia kekal dengan pendirian sebagai negara berkecuali dalam hubungan pertahanan antarabangsa meskipun menjalankan latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Australia melalui Eksesais Keris Strike 25 (KrS25) dan Warrior 2025.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata prinsip berkecuali terus menjadi tunjang dasar pertahanan negara, malah Malaysia turut menjalankan latihan ketenteraan bersama China serta rakan-rakan dalam ASEAN bagi memperkukuh kebolehoperasian dan hubungan serantau.
"Kita juga ada kerjasama latihan dengan China serta dalam konteks ASEAN. Latihan ini dimanfaatkan dalam bentuk bilateral dan multilateral, dan prinsip negara berkecuali tetap dikekalkan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Kapt (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjung Karang) mengenai sejauh mana latihan tiga hala seperti KrS25 dan Warrior 2025 selari dengan dasar berkecuali dan bebas Malaysia di rantau Indo-Pasifik.
Menjawab soalan asal Zulkafperi mengenai kemampuan latihan berkenaan meningkatkan pertahanan negara, Adly berkata pelaksanaan latihan bersama itu membuktikan komitmen Malaysia dalam memperkukuh keselamatan serta kesiapsiagaan pertahanan bersama rakan strategik.
"Pelaksanaan Eksesais KrS25 yang disertai Australia dan AS serta penganjuran bersama Warrior 2025 membuktikan komitmen Malaysia dalam memperkukuhkan aspek keselamatan dan kesiapsiagaan pertahanan bersama rakan strategik, termasuk meningkatkan kebolehoperasian, keupayaan operasi dan kesediaan tempur," katanya.
Beliau berkata latihan pelbagai hala itu memberi ruang kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kebolehoperasian dengan pasukan tentera asing melalui penguasaan taktik, teknik dan prosedur standard antarabangsa selain memperkukuh hubungan pertahanan serantau dan global.
"ATM memanfaatkan latihan ini untuk meningkatkan kemahiran anggota melalui pembinaan ilmu dan juga kepakaran selain pendedahan kepada teknologi, peralatan serta doktrin ketenteraan.
"Pengalaman sebegini akan menjadi asas dalam memperkukuhkan transformasi pertahanan negara agar kekal relevan dengan ancaman kontemporari," katanya.
Adly berkata Malaysia akan terus memperluaskan penyertaan dalam latihan pelbagai hala dan dua hala, meningkatkan perkongsian maklumat strategik serta memperkukuh hubungan pertahanan dengan negara sahabat melalui memorandum persefahaman, forum keselamatan serantau dan program strategik.
-- BERNAMA