awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal komited aktifkan semula kerjasam ekonomi D-8 - MITI

Bernama
Bernama
18/08/2025
21:30 MYT
Malaysia kekal komited aktifkan semula kerjasam ekonomi D-8 - MITI
Kerajaan juga menyokong aspirasi Pelan Hala Tuju D-8 2020-2030 yang menyasarkan perdagangan intra-D-8 mencecah AS$500 bilion menjelang 2030. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia kekal komited untuk mengaktifkan semula kerjasama ekonomi dengan negara anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) melalui pelbagai usaha strategik, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Kementerian berkata usaha itu termasuk pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Keutamaan D-8 (D-8 PTA) sejak 1 Okt 2023 yang membolehkan pengeksport Malaysia menikmati tarif keutamaan di pasaran negara anggota.
"Malaysia dan Indonesia berperanan menghubungkan D-8 ke ASEAN dan pasaran Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) manakala Mesir dan Nigeria menjadi pintu masuk ke pasaran Perjanjian Perdagangan Bebas Benua Afrika (ACFTA).
"Sementara itu, Iran, Pakistan dan Bangladesh bertindak sebagai pintu masuk ke Asia Selatan dan Tengah," kata MITI dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman sesawang Parlimen pada Isnin.
MITI menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman) mengenai usaha strategik kerajaan mengaktifkan kembali kerjasama ekonomi D-8 dalam sektor pelancongan, keterjaminan makanan, perdagangan dan tenaga boleh baharu sebagai alternatif menghadapi ketidaktentuan geopolitik semasa.
Menurut kementerian, selain itu kerajaan turut menyokong cadangan menaik taraf D-8 PTA kepada Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif D-8 (D-8 CEPA) bagi memperluas liputan senarai tawaran serta skop kerjasama merangkumi perdagangan perkhidmatan, pelaburan dan fasilitasi perdagangan.
"Kerajaan juga menyokong aspirasi Pelan Hala Tuju D-8 2020-2030 yang menyasarkan perdagangan intra-D-8 mencecah AS$500 bilion menjelang 2030 berbanding AS$157.06 bilion pada 2024," katanya.
MITI berkata usaha lain termasuk menerajui inisiatif seperti Pusat Ekonomi dan Kewangan Kreatif D-8 (D-8 CEFC) di Kuala Lumpur serta Kad Pembayaran D-8 (D-8PC) bagi memudah cara perdagangan digital dan menggalakkan pelaburan intra-D-8 selain memanfaatkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) untuk memperkasakan perdagangan halal.
"Kita juga bekerjasama rapat dengan badan-badan berkaitan D-8 seperti Dewan Perniagaan dan Industri D-8, Rangkaian Pemindahan dan Pertukaran Teknologi D-8 serta Pusat Penyelidikan Pertanian dan Keterjaminan Makanan D-8.
"Antara kerjasama dilaksanakan termasuk dalam bidang pelancongan iaitu melalui perkongsian pakej destinasi dan kerjasama penerbangan, pemerkasaan perdagangan komoditi pertanian bernilai tinggi seperti minyak sawit, koko, beras dan produk agro serta galakan pelaburan bersama dalam tenaga solar, biojisim dan teknologi tenaga bersih," katanya
D-8 ditubuhkan di Istanbul, Turkiye pada 15 Jun 1997 sebagai kumpulan negara Islam membangun untuk mempromosikan pembangunan ekonomi dengan keanggotaan terdiri daripada Malaysia, Mesir, Indonesia, Iran, Bangladesh, Nigeria, Pakistan dan Turkiye.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#D-8
#MITI
#pengeksport Malaysia
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan