awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal komited terhadap kepelbagaian, kesamarataan, keterangkuman pendidikan tinggi

Bernama
Bernama
24/05/2025
07:15 MYT
Malaysia kekal komited terhadap kepelbagaian, kesamarataan, keterangkuman pendidikan tinggi
Zambry menyuarakan kebimbangan terhadap trend global yang mengurangkan nilai keterbukaan dan keterangkuman dalam pendidikan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia mengulangi semula komitmennya untuk memastikan pendidikan tinggi mewujudkan persekitaran yang membolehkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang belajar bersama-sama dan saling berkongsi ilmu.

Ringkasan AI
  • Malaysia menegaskan komitmennya untuk memastikan pendidikan tinggi kekal inklusif, membolehkan pelajar dari pelbagai latar belakang belajar bersama dan berkongsi ilmu dalam suasana saling menghormati.
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, menyuarakan kebimbangan terhadap trend global yang mengurangkan nilai keterbukaan dan keterangkuman dalam pendidikan, merujuk kepada tindakan pentadbiran AS menyekat kemasukan pelajar asing ke universiti seperti Harvard.
  • Malaysia akan terus menyokong prinsip pendidikan menyeluruh yang memberi manfaat kepada semua, serta menyokong institusi dan komuniti yang terkesan akibat dasar sekatan tersebut.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata universiti di Malaysia mencerminkan komitmen ini melalui dasar serta kerjasama yang mengutamakan akses, kolaborasi dan saling menghormati - nilai yang menjadi panduan dalam membuat keputusan serta membina masa depan yang mahu dicapai.
"Komuniti pendidikan tinggi global bimbang mengenai pengurangan usaha ke arah kepelbagaian, kesamarataan dan keterangkuman di Amerika Syarikat (AS).
"Perubahan ini menjejaskan prinsip asas yang selama ini membolehkan universiti membina kepercayaan merentasi sempadan dan mewujudkan peluang untuk perkembangan ilmu secara bersama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, pentadbiran Presiden Donald Trump dilaporkan menyekat Harvard untuk menerima pelajar asing sekali gus mencetuskan pertikaian dengan universiti tertua di AS itu.
Zambry berkata keputusan berkenaan mencerminkan satu trend yang semakin berleluasa.
Walaupun kes ini bersifat semasa dan biasa, ia memberi isyarat semakin berkurangnya nilai keterbukaan dan keterangkuman dalam pendidikan tinggi.
Zambry berkata Malaysia akan terus menyokong pendidikan yang menyeluruh dan menyokong institusi serta komuniti yang terkesan akibat langkah sekatan itu.
"Kami kekal komited kepada prinsip pendidikan yang memberikan manfaat dan dapat dinikmati oleh semua," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Donald Trump
#Universiti Harvard
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami