KUALA LUMPUR: Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata, di bawah kepimpinan berwawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia kini memulakan agenda transformasi ekonomi yang dipacu oleh prinsip-prinsip kerangkuman, inovasi dan kemampanan.
"Teras kepada wawasan kita ialah BRI (Inisiatif Jalur dan Laluan), yang membuka peluang kepada kerjasama antara Malaysia dan China dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan infrastruktur, ketersambungan, kemudahan perdagangan serta pertukaran rakyat dengan rakyat.
"Dengan memanfaatkan sinergi antara ekonomi kita dan kuasa transformatif BRI, kita mampu membuka laluan baharu bagi pertumbuhan, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat kita," katanya dalam ucaptama pada Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024, di sini, pada Khamis.
Turut hadir Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong; Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China, Liu Jianchao serta Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.
Fadillah berkata, di tengah-tengah hubungan dua hala Malaysia-China terdapat kerangka perdagangan dan pelaburan teguh yang menjadi asas bagi kerjasama ekonomi kedua-dua negara.
Beliau berkata, pada 2023, China terus menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia dan kekal begitu selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009, menyumbang sebanyak 17.1 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan negara.
"China juga adalah sumber import terbesar Malaysia iaitu menyumbang sebanyak 21.3 peratus daripada jumlah keseluruhan import. Import dari China berjumlah RM258.63 bilion dengan import utama terdiri daripada produk E dan E (elektrikal dan elektronik), jentera, peralatan serta alat ganti selain bahan dan produk kimia," katanya.
Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air berkata, Malaysia komited sepenuhnya untuk mempromosi tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar sebagai komponen penting dalam agenda pembangunannya.
Beliau juga berkata, Malaysia dan China juga bersedia menerajui usaha dalam mempromosi tenaga hijau dan sumber boleh diperbaharui dengan kedua-dua negara komited untuk melabur dalam teknologi tenaga bersih seperti solar, angin dan kuasa hidroelektrik.
"Melalui jalinan kerjasama dan inisiatif perkongsian ilmu, kami berhasrat untuk memanfaatkan potensi besar tenaga hijau untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan kesan buruk perubahan iklim serta mewujudkan masa depan yang lebih mampan untuk planet kita.
"Dengan mengutamakan inovasi serta pembangunan mampan dalam semua sektor tenaga, Malaysia dan China bukan sahaja menyumbang kepada usaha global dlaam memerangi isu perubahan iklim malah membuka peluang baharu bagi pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Fadillah berkata, Malaysia komited sepenuhnya untuk mempromosi tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar sebagai komponen penting dalam agenda pembangunannya. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan
SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 pada 9 Ogos 2020.