MALAYSIA
Malaysia kekal peneraju ekosistem halal global

Ewon Benedick (foto) berkata halal bukan sekadar pensijilan tetapi merangkumi nilai kualitif, kebersihan, ketelusan dan integriti. -Foto Facebook
SANDAKAN: Malaysia kekal sebagai peneraju ekosistem halal global, namun perlu sentiasa kompetitif dan inovatif, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Ringkasan AI
- Malaysia kekal sebagai peneraju ekosistem halal global, namun perlu terus kompetitif dan inovatif dalam menghadapi pasaran antarabangsa.
- Industri halal merangkumi nilai kebersihan, integriti dan ketelusan, serta bernilai lebih USD 3 trilion dan bukan hanya terhad kepada umat Islam.
- Program Halal Success KUSKOP menyediakan bimbingan teknikal, perniagaan dan pembiayaan untuk membantu usahawan membina jenama yang mampu menembusi pasaran global.
"Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited menjadi peneraju dalam memperluas penyertaan perusahaan kecil dan sederhana serta koperasi dalam industri halal," katanya ketika berucap merasmikan Program Halal Success KUSKOP, di sini, hari ini.
Beliau berkata industri halal bukan sahaja milik umat Islam tetapi kini menjadi satu ekonomi global dengan nilai pasaran melebihi AS$3 trilion.
Ewon turut menasihatkan usahawan supaya bersedia untuk berinovasi dan keluar daripada zon selesa, dengan merebut peluang bukan hanya fokus pada pasaran domestik tetapi membina jenama yang menembusi pasaran antarabangsa.
"Ambil peluang program seperti 'Halal Success' ini bukan hanya latihan semata-mata, ia peluang membina masa depan, manfaatkan bimbingan yang diberikan, guna platform ini untuk membina kepercayaan pasaran," katanya.
'Halal Success KUSKOP' menyediakan platform intervensi holistik termasuk bimbingan teknikal, perniagaan dan pembiayaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami