MALAYSIA
Malaysia kekal sokong Palestin merdeka tanpa sebarang prasyarat - Mohamad
Jumlah kematian di Gaza akibat kekejaman Israel ini telah melebihi 61,000 orang, dengan krisis makanan semakin kritikal akibat sekatan bantuan kemanusiaan. - Gambar/ Reuters
CYBERJAYA: Malaysia kekal menyokong sepenuhnya pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka tanpa sebarang prasyarat, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ringkasan AI
Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia kurang selesa dengan Deklarasi New York yang menetapkan prasyarat ke arah mendapatkan sebuah negara Palestin yang merdeka.
"Kita nak supaya sebuah negara Palestin yang merdeka. Dapatkan negara Palestin yang merdeka dulu dan selepas itu, siapa yang mentadbir negara Palestin, itu hak mereka. Kita tak masuk campur," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari ASEAN ke-58 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.
Mohamad berkata Malaysia kurang selesa dengan deklarasi berkenaan kerana mengandungi prasyarat yang tidak selari dengan pendirian dasar luar.
"Kita (Malaysia) memang dari dulu menyokong Palestin yang merdeka. Tetapi kita kurang selesa dengan Deklarasi New York dengan hasilnya," katanya.
Ditanya sama ada Malaysia akan mengemukakan rasa tidak selesa itu secara rasmi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohamad berkata tiada perbincangan rasmi berhubung dokumen yang dibuat secara perbincangan meja bulat.
Beliau berkata walaupun 122 negara termasuk Malaysia menyokong usul tersebut di PBB, tetapi proses penyediaan dokumen akhir hanya melibatkan perbincangan meja bulat membabitkan tujuh hingga lapan negara, tanpa penglibatan penuh semua anggota PBB.
Pada 31 Julai lepas, persidangan peringkat tinggi PBB mengenai penyelesaian aman isu Palestin berakhir dengan penerimaan dua dokumen utama iaitu "Seruan New York Call" dan "Deklarasi New York" yang menyokong penyelesaian dua negara.
Namun, kedua-dua dokumen itu gagal menyentuh punca sebenar konflik iaitu pendudukan haram Israel di Palestin.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Malaysia kekal menyokong pembentukan negara Palestin yang merdeka tanpa sebarang prasyarat, selaras dengan dasar luar yang konsisten sejak dahulu.
- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan rasa kurang selesa terhadap Deklarasi New York kerana ia menetapkan prasyarat yang tidak selari dengan pendirian Malaysia, dan dokumen itu disediakan tanpa penglibatan penuh semua anggota PBB.
- Walaupun Malaysia menyokong usul di PBB bersama 121 negara lain, dokumen akhir gagal menyentuh isu utama iaitu pendudukan haram Israel, dan tiada keputusan dibuat untuk mengemukakan bantahan rasmi terhadap deklarasi tersebut.