awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024

Astro Awani
Astro Awani
30/05/2024
20:00 MYT
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Nizran berkata pihaknya tetap berdedikasi untuk memperjuangkan Pelancongan Mesra Muslim dan Hospitaliti (MFTH) pada skala tempatan dan global. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia kekal mengungguli senarai 'Destinasi Mesra Muslim Terbaik' dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2024 pada Halal in Travel Awards yang berlangsung di Singapura pada Khamis.
Dalam pada itu, Malaysia turut dinobatkan sebagai 'Destinasi Mesra Muslim Terbaik' Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk tahun kedua berturut-turut.
Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC), Nizran Noordin, berkata pihaknya tetap berdedikasi untuk memperjuangkan Pelancongan Mesra Muslim dan Hospitaliti (MFTH) pada skala tempatan dan global.
"Pengiktirafan ini adalah bukti dedikasi pengamal industri dan pihak berkepentingan dalam memperjuangkan sektor MFTH.
"Ia menggariskan komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap MFTH dengan disokong oleh penyelidikan, latihan serta pembangunan piawaian ITC dalam sektor ini," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis..
Tambah beliau, pihaknya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada semua premis Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) dan Pandu-Pelancong Muslim-Friendly (MFTGs) di Malaysia yang memainkan peranan penting dalam pencapaian ini.
Pasaran Muslim global menawarkan peluang yang besar, dengan populasi melebihi 1.9 bilion individu.
Angka-angka pra-pandemik yang dilaporkan oleh Mastercard dan CrescentRating menunjukkan pertumbuhan yang signifikan dalam pasaran perjalanan Muslim dengan jumlah pelancong meningkat dari 108 juta pada tahun 2013 kepada 160 juta pada tahun 2019.
Dengan pembukaan semula sempadan di seluruh dunia, laporan GMTI terkini meramalkan pasaran yang dihidupkan semula, dengan jangkaan 230 juta pelancong Muslim menjelang tahun 2028.
Sementara itu, pasaran yang berkembang pesat ini membawa prospek yang menjanjikan untuk Malaysia kerana ia menyumbang kepada 4.5 juta kedatangan antarabangsa dan menjana hasil sebanyak RM14.70 bilion pada tahun 2023.
Dalam masa sama, Kerajaan dan pemangku kepentingan industri tetap komited untuk menarik pelancong Muslim dan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi perjalanan pilihan ramai.
Topic Berkaitan
#pelancong
#pelancongan
#Indeks Pelancongan Muslim Global GMTI 2024
#nizran noordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan