KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki tempatan berumur empat tahun 11 bulan di Sabah disyaki mengalami Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabnya pada Mac 2022.
Kanak-kanak lelaki itu mengalami gejala jaundis, demam, kurang selera makan, loya dan muntah telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Bagaimanapun Siasatan masih lagi dijalankan untuk menentukan sama ada kes ini memenuhi kriteria “Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabnya".
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, fungsi hepar kanak-kanak ini semakin merosot sehingga memerlukan transplantasi hepar pada 30 Mac 2022 di sebuah hospital di Lembah Klang dan telah discaj dari hospital pada 21 April 2022 dalam keadaan sihat.
"Siasatan awal mendapati kanak-kanak ini tidak mempunyai sejarah penyakit lain selain jangkitan SARS-CoV-2 dan siasatan masih lagi dijalankan untuk menentukan sama ada kes ini memenuhi kriteria “Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabnya," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Sehubungan itu, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mempertingkatkan survelan bagi hepatitis akut di semua klinik kesihatan dan hospital dengan menggunakan definisi kes yang telah dipersetujui oleh pakar-pakar perubatan klinikal dan kesihatan awam.
"Protokol rujukan dan pengurusan kes “Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabnya” sedang dibangunkan.
"Dalam pada itu, Pengamal Perubatan di Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta diminta untuk merujuk kanak-kanak berumur satu (1) bulan hingga kurang dari 18 tahun yang menunjukkan gejala jaundis dan gejala lain hepatitis akut seperti hilang selera makan, loya, muntah, kelesuan atau air kencing berwarna gelap ke Hospital untuk pengurusan kes selanjutnya," jelasnya.
Justeru itu, ibu bapa ataupun penjaga kepada kanak-kanak yang mengalami gejala berkaitan hepatitis akut seperti yang dinyatakan di atas adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran.
Tambahnya, KKM akan terus memantau situasi kejadian “Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabnya” (Acute Hepatitis of Unknown Aetiology) dalam kalangan kanak-kanak dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Pada 23 April lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui WHO Event Information Site (EIS) telah melaporkan kejadian “Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabnya” yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur antara satu (1) bulan hingga 16 tahun.
Sehingga 21 April 2022, WHO telah menerima pelaporan sebanyak 169 kes melibatkan 12 buah negara.
United Kingdom melaporkan bilangan kes tertinggi sebanyak 114.
Negara lain yang turut melaporkan kes adalah Sepanyol, Israel, Amerika Syarikat, Denmark, Ireland, Itali, Belanda, Perancis, Norway, Belgium dan Romania.
Setakat ini hanya satu kematian telah dilaporkan.
Selain itu, WHO turut melaporkan bahawa sebanyak 74 kes dari 169 kes yang dilaporkan dikesan positif Adenovirus dan 20 kes dikesan positif SARS-CoV-2.
Walau bagaimanapun penyebab hepatitis akut ini belum dapat ditentusahkan dan masih dalam siasatan.
Dianggarkan 10% daripada 169 kes yang dilaporkan ini memerlukan transplantasi hepar.
BACA: Penyakit hati 'misteri' ragut nyawa 3 kanak-kanak di Indonesia
Afiezy Azaman
Fri May 06 2022
KHAIRY: Siasatan awal mendapati kanak-kanak ini tidak mempunyai sejarah penyakit lain selain jangkitan SARS-CoV-2. -Gambar fail/Bernama
Kontroversi UM: Mahasiswa protes tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah
Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan iaitu 29,129 kes pada 11 Disember 2023, satu trend yang turut disaksikan di peringkat serantau dan global.