KUALA LUMPUR: Malaysia ketinggalan dari segi memiliki pemikir berwibawa dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan adaptasi teknologi oleh pelbagai organisasi.

Namun begitu, Profesor Kulliyyah Teknologi Maklumat Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Mohamad Fauzan Noordin berkata potensi yang ada pada anak muda boleh mengangkat semula kedudukan Malaysia, jika digembleng dengan baik.

“Berdasarkan kajian Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengenai Survei Hala Tuju AI, lebih 50 peratus organisasi-organisasi yang masih ketinggalan dari aspek AI. Ini kelemahan-kelemahan ini kita.

“Tetapi, Prof Bart Barendregt dari Universiti Leiden yang menjalankan kajian di Malaysia, Singapura dan Indonesia, menyimpulkan dunia Islam di rantau ini mungkin mempunyai jawapan kepada cara untuk menggunakan AI. Kekuatan kita ada tiga.

“Pertama, anak muda sedia untuk belajar dan bangunkan AI sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.


Malaysia ketinggalan adaptasi AI, tetapi masih ada potensi - Penganalisis

Kekuatan kedua yang ada pada negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, menurut Barendregt seperti yang dipetik oleh Mohamad Fauzan ialah sikap tersendiri komuniti dalam menggunakan aplikasi berdasarkan kepada perbandingan antara Netflix dan Nurflix.

Ini diikuti dengan aspek ketiga, iaitu masyarakat yang mempunyai disiplin kendiri.

Justeru, Mohamad Fauzan berkata Malaysia perlu mula mencipta dan menghasilkan kandungan tersendiri untuk mempercepatkan adaptasi AI.


Agenda AWANI: Adaptasi AI, apa untungnya kepada rakyat?