MALAYSIA
Malaysia komited kukuhkan hala tuju statistik ASEAN - DOSM
Dr Mohd Uzir berkata bagi memenuhi komitmen 'tidak ada yang tertinggal', pemahaman yang jelas mengenai situasi semasa memerlukan penunjuk relevan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 mengulangi komitmen untuk membina ASEAN yang lebih padu, inklusif dan dipacu oleh data, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
DOSM menerusi satu kenyataan memaklumkan Malaysia berhasrat memperkukuh keupayaan statistik, menyeragamkan indikator serantau dan memastikan kemajuan yang boleh diukur dan bermakna, yang mencerminkan keyakinan terhadap solidariti serantau, tadbir urus berinformasi dan masa depan bersama yang didorong oleh data.
Dalam kenyataan berkenaan, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata bagi memenuhi komitmen 'tidak ada yang tertinggal', pemahaman yang jelas mengenai situasi semasa memerlukan penunjuk relevan, boleh dipercayai dan tepat serta data yang mencerminkan bukan sahaja prestasi serantau tetapi pengalaman hidup rakyat.
"Oleh itu, Negara Anggota ASEAN (AMS) memainkan peranan penting dalam usaha ini dan Pejabat Perangkaan Kebangsaan (NSO) bukan sahaja sebagai pengeluar data tetapi pemudah cara strategik bagi pembangunan berasaskan bukti," katanya, yang juga Pengerusi Sidang ke-15 Jawatankuasa Sistem Statistik Komuniti ASEAN (ACSS15).
Mengulas Mesyuarat Kumpulan Kerja Mengenai Indikator Matlamat Pembangunan Mampan ke-8 (WGSDGI8), DOSM memaklumkan ia menghimpunkan 29 perwakilan dari AMS dan Sekretariat ASEAN (ASEANstats) termasuk penyertaan secara maya Kemboja, Laos dan Myanmar.
Mesyuarat yang diadakan di Putrajaya pada 5 dan 6 Ogos itu bagi mendapatkan persetujuan berkaitan dengan Penunjuk Statistik ASEAN-Templat Disatukan (ASI-CT), membincangkan Laporan Kemajuan Indikator SDG ASEAN 2025 serta Pelan Kerja Pelbagai Tahun (MYP) WGSDGI 2026-2030 dan mengemas kini Pelan Kerja Tahunan (AWP) 2026.
Antara persetujuan yang dicapai adalah laporan Kemajuan Indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ASEAN 2025 dijangka diterbitkan pada September ini.
"MYP WGSDGI 2026-2030 adalah selaras dengan visi dan misi ACSS serta digubal berdasarkan Pelan Tindakan ACSS 2026-2030. AWP 2026 akan dibangunkan berdasarkan MYP WGSDGI 2026-2030.
"Kerangka ASEAN Membantu ASEAN (AHAF) terus diperkukuh melalui usaha sama AMS dalam mengenal pasti keperluan serta kepakaran yang dapat dimanfaatkan bagi memperkukuh kerjasama serantau," menurut kenyataan itu.
Mesyuarat berkenaan juga membincangkan keperluan dan kepakaran WGSDGI yang dikemas kini di bawah AHAF serta kerjasama Wanita ASEAN-PBB dalam statistik gender dan membentangkan kemajuan kajian rintis mengenai Anggaran Kawasan Kecil (SAE).
WGSDGI adalah platform kerja yang melibatkan AMS dengan fokus utama untuk memastikan pencapaian dan pemantauan terhadap indikator SDG dalam kalangan negara-negara ASEAN.
-- BERNAMA