MALAYSIA
Malaysia komited tangani permintaan tenaga AI melalui kerjasama tenaga bersih - Fadillah
Malaysia komited untuk bekerjasama dengan ahli Clean Energy Ministerial (CEM) bagi menangani isu tenaga yang melibatkan kecerdasan buatan (AI), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. - Foto Facebook Fadillah Yusof
BUSAN: Malaysia komited untuk bekerjasama dengan ahli Clean Energy Ministerial (CEM) bagi menangani isu tenaga yang melibatkan kecerdasan buatan (AI), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ringkasan AI
Beliau berkata dalam dialog peringkat tinggi mengenai tenaga dan AI, pertumbuhan pesat pusat data dan aplikasi berasaskan AI sedang mewujudkan permintaan baharu selain tertumpu terhadap penggunaan elektrik.
"Memenuhi permintaan ini secara mampan bukan sahaja memerlukan peningkatan dalam integrasi tenaga boleh baharu (TBB) dan pengukuhan grid kita, tetapi juga pelaburan dalam teknologi penyejukan serta penyimpanan yang inovatif bagi memastikan kebolehpercayaan dan kemampuan kos," katanya.
Beliau berkata demikian pada mesyuarat 16th Clean Energy Ministerial (CEM16) dan 10th Mission Innovation (MI-10) di Busan hari ini.
Malaysia sebagai sebahagian daripada 21 negara anggota dalam Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dijemput untuk terlibat sama dalam forum CEM16/MI-10 yang diadakan serentak dengan Mesyuarat Menteri Tenaga APEC dan 2025 World Climate Industry EXPO.
CEM merangkumi 24 negara anggota dan pelbagai organisasi antarabangsa termasuk Australia, China, Suruhanjaya Eropah, India, Jepun dan Amerika Syarikat.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, AI dan tenaga boleh saling mengukuh antara satu sama lain dengan AI mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih manakala tenaga mampan menyokong pertumbuhan AI, sekiranya kedua-duanya diuruskan dengan bertanggungjawab.
"Malaysia komited untuk bekerjasama dengan semua rakan kongsi bagi menjadikan peluang ini sebagai kemajuan yang dikongsi dan berkekalan," tambah beliau.
Berkongsi perspektif mengenai Malaysia, beliau berkata, alat-alat ini penting untuk mencapai sasaran nasional sebanyak 70 peratus kapasiti TBB menjelang 2050 sambil memastikan kestabilan grid.
"Pada masa yang sama, AI boleh memacu kecekapan dalam proses industri sekali gus menyumbang kepada pengurangan ketara dalam pelepasan karbon di seluruh sektor yang menggunakan tenaga tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof tegaskan Malaysia komited bekerjasama dengan ahli Clean Energy Ministerial (CEM) tangani isu tenaga dan AI.
- Pertumbuhan pesat pusat data dan AI tingkatkan permintaan elektrik, perlu integrasi tenaga boleh baharu, pengukuhan grid serta teknologi penyejukan dan penyimpanan.
- Malaysia sasar 70% kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2050 dengan AI membantu tingkat kecekapan industri dan kurangkan pelepasan karbon.