MALAYSIA
Malaysia, Korea Selatan perkukuh kerjasama dalam sistem pengangkutan pintar
Majlis pertukaran MoU antara Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan (MOLIT) yang berlangsung hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia memperkukuh kerjasama dengan Korea Selatan bagi menyokong pembangunan bakat, penyelidikan dan inovasi dalam Sistem Pengangkutan Pintar (ITS).
Ringkasan AI
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kepimpinan global Korea Selatan dalam ITS, bandar pintar serta teknologi digital menjadikannya rakan strategik penting kepada Malaysia dalam melaksanakan Pelan Induk ITS Malaysia 2030.
Beliau berkata Malaysia dan Korea Selatan telah membina hubungan kerjasama erat selama beberapa dekad, selain kepakaran kejuruteraan Korea telah menyumbang kepada pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur utama negara sejak tahun 1990-an.
"Daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang hingga Menara Berkembar Petronas, keunggulan kejuruteraan Korea terpahat megah dalam landskap Malaysia.
"Struktur-struktur ini mengingatkan kita bahawa apabila Malaysia dan Korea bekerjasama, kita bukan sekadar membina infrastruktur, tetapi membina legasi," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Malaysia-Korea ITS Roadshow 2025 di sini hari ini.
Nanta berkata jerayawara itu menyediakan platform strategik untuk pertukaran pengetahuan, perkongsian inovasi dan penerokaan peluang baharu dalam ITS bersama penggubal dasar, pakar industri, penyelidik dan pengamal.
Beliau berkata acara itu turut mencatat perkembangan bersejarah dengan berlangsungnya majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) julung kali antara Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan (MOLIT).
Katanya perjanjian itu mencerminkan aspirasi bersama untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang ITS dan sistem tol pintar, teknologi pembinaan mampan serta penyelenggaraan infrastruktur dan pengurusan aset.
Sementara itu, Nanta berkata Malaysia kini menggiatkan pelaksanaan Pelan Induk ITS 2030, sebuah dokumen panduan yang membentuk dekad seterusnya dalam mobiliti digital negara.
"Ia bukan sekadar dokumen dasar, tetapi komitmen negara untuk memberikan impak nyata, mengurangkan kemalangan, memperkemas perjalanan, mengurangkan pelepasan karbon serta menyediakan pengalaman mobiliti yang setara dengan negara moden dan berpandangan ke hadapan.
"Pada asas setiap inisiatif ITS terdapat kisah manusia -- tentang seorang ibu yang pulang dengan selamat, pekerja yang tiba ke pejabat tepat pada masanya, anggota respon kecemasan yang sampai lebih cepat dan kanak-kanak yang menyeberang jalan tanpa rasa takut. Itulah sebabnya kita meneruskan agenda ITS, bukan untuk sistem semata-mata tetapi untuk nyawa," katanya.
Beliau menambah bahawa visi mobiliti Malaysia menekankan keharmonian, dengan perjalanan lebih selamat melalui teknologi ramalan, pergerakan lebih pintar melalui kesalinghubungan digital, pilihan perjalanan lebih hijau serta reka bentuk berteraskan rakyat menjadi asas masa depan yang ingin dibentuk negara.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia memperkukuh kerjasama dengan Korea Selatan dalam pembangunan bakat, penyelidikan, dan inovasi dalam Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) bagi melaksanakan Pelan Induk ITS Malaysia 2030.
- Kerjasama erat antara Malaysia dan Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan telah menyumbang kepada pelbagai projek infrastruktur utama negara sejak tahun 1990-an, menandakan pentingnya rakan strategik Korea dalam pembangunan negara.
- Pelaksanaan Pelan Induk ITS 2030 Malaysia menekankan keselamatan, mobiliti yang lebih efisien, perjalanan hijau, serta reka bentuk berteraskan rakyat sebagai asas untuk masa depan negara.