Malaysia kuat kuasa Kod Amalan Pembiayaan Pihak Ketiga - BHEUU

BHEUU memaklumkan bahawa penguatkuasaan kod amalan tersebut, selaras dengan penguatkuasaan Akta Timbang Tara (Pindaan) 2024 (Akta A1737), yang akan datang. - Gambar fail/Facebook BHEUU
KUALA LUMPUR: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri hari ini mengumumkan penguatkuasaan Kod Amalan Pembiayaan Pihak Ketiga 2026, berkuat kuasa 1 Jan.
Ringkasan AI
- BHEUU mengumumkan penguatkuasaan Kod Amalan Pembiayaan Pihak Ketiga 2026 bermula 1 Januari, seiring dengan penguatkuasaan Akta Timbang Tara (Pindaan) 2024.
- Kod tersebut bertujuan menetapkan amalan serta piawaian etika berkaitan pembiayaan pihak ketiga, melengkapkan rangka kerja kawal selia, dan pengesahan pembiayaan pihak ketiga dalam timbang tara mengikut Akta 646.
- Menteri Azalina menegaskan keperluan pendedahan penuh perjanjian pembiayaan pihak ketiga dalam prosiding timbang tara, sebagai langkah berteraskan kejujuran dan mengambil iktibar daripada isu Sulu sebelum ini.
Menurut kenyataan BHEUU itu, pengenalan kod amalan tersebut merupakan satu garis panduan penting yang melengkapi pelaksanaan rangka kerja kawal selia , serta pengesahan pembiayaan pihak ketiga dalam timbang tara sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta 646.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Malaysia telah mengambil iktibar daripada isu Sulu dan menangani perkara pembiayaan litigasi pihak ketiga dalam Akta 646 yang baru diluluskan.
Menurut Azalina, antara peruntukan baharu dalam Akta 646 ialah keperluan supaya perjanjian pembiayaan pihak ketiga oleh pihak yang menerima pembiayaan, didedahkan kepada pihak satu lagi dalam timbang tara, tribunal timbang tara serta mahkamah.
"Kami menyokong sebarang pembiayaan pihak ketiga dalam prosiding timbang tara antarabangsa. Namun, kami mahukan pendedahan penuh.
"Dari segi perundangan, ini akan menjadi satu strategi berteraskan kejujuran," kata Azalina ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat pada Selasa (16 Julai).
Azalina berkata tiada pendedahan penuh diberikan dalam tindakan undang-undang oleh penuntut mendakwa waris Sulu sebelum ini terhadap Malaysia, yang dibiayai oleh firma pembiayaan litigasi global dari Britain, Therium Capital Management Ltd (Therium).
"Kami berdepan dengan situasi, kami tidak dapat memaksa mereka (pemberi pembiayaan pihak ketiga) untuk mengakui sama ada wang terlibat atau tidak. Maklumat ini diperoleh melalui siasatan yang kami jalankan," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


