KUALA LUMPUR: Malaysia dengan tegas mengutuk pelbagai serangan ke atas kemudahan penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza oleh Pasukan Pendudukan Israel (IOF) yang telah mengakibatkan beratus-ratus penduduk Palestin cedera.
Kementerian Luar (Wisma Putra), dalam kenyataan malam ini, berkata Malaysia juga mengecam serangan terkini ke atas sebuah kemudahan perubatan di bawah Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) dan Hospital Indonesia di Gaza.
"Sasaran berterusan Israel terhadap kemudahan penjagaan kesihatan dan kemudahan penting yang lain adalah suatu pelanggaran terang-terangan terhadap Konvensyen Geneva 1949. Ini jelas menunjukkan cubaan rejim ini untuk menghapuskan sepenuhnya penduduk Palestin.
"Tindakan keji ini oleh IOF harus dihentikan serta-merta. Jumlah kematian yang semakin meningkat dan penderitaan penduduk Gaza yang sangat teruk menuntut tindak balas kukuh dengan segera," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan Malaysia menyahut seruan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk usaha kolektif bagi mengakhiri konflik dan malapetaka kemanusiaan di Gaza.
"Malaysia juga mengulangi seruannya kepada masyarakat antarabangsa untuk mempertanggungjawabkan rejim Zionis atas tindakan tidak berperikemanusiaan ini dan menuntut Israel menghormati kemudahan penjagaan kesihatan mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"Malaysia terus berpegang teguh pada pendiriannya yang berprinsip bahawa penduduk Palestin berhak memiliki negara sendiri yang bebas dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967 dengan Baitulmuqadis Timur sebagai ibu negaranya,"menurut Wisma Putra.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Malaysia dengan tegas mengutuk pelbagai serangan ke atas kemudahan penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza oleh Pasukan Pendudukan Israel (IOF) yang telah mengakibatkan beratus-ratus penduduk Palestin cedera. - Gambar AP
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.