awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara

Bernama
Bernama
13/02/2017
13:21 MYT
Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara
Malaysia mengutuk pelancaran perlu berpandu balistik jarak sederhana oleh Korea Utara pada Ahad. - Gambar fail
Malaysia mengutuk pelancaran perlu berpandu balistik jarak sederhana oleh Korea Utara pada Ahad.
Kementerian Luar berkata tindakan itu merupakan satu lagu pelanggaran terang-terangan terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu yang berkaitan.
"Malaysia amat kesal dengan insiden ini yang membawa kepada ancaman serius kepada keamanan dan keselamatan global," katanya dalam satu kenyataan.
Kementerian Luar berkata tindakan Korea Utara itu akan meningkatkan ketegangan global dan menghalang prospek keamanan berkekalan di Semenanjung Korea dan dunia secara am.
"Oleh itu Malaysia menggesa Korea Utara untuk menghentikan pelancaran peluru berpandu seterusnya dan mematuhi sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu," katanya.
Peluru berpandu itu dilancarkan ke Laut Timur yang jelas menimbulkan provokasi dalam memperkukuh kesiapsiagaan ketenteraannya dan menguji respons daripada pentadbiran baru Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap dengan memetik pihak ketenteraan Korea Selatan.
Misil itu yang berupa Rodong dilancarkan sekitar 7.55 pagi daripada pangkalan udara Banghyon di wilayah barat Pyongan Utara.
Ia mempunyai jarak sehingga 1,500 kilometer yang mampu sampai ke Korea Selatan dan Jepun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banghyon
#Korea Utara
#Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan