awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk serangan pengganas terhadap lapangan terbang Istanbul

Bernama
Bernama
29/06/2016
04:21 MYT
Malaysia kutuk serangan pengganas terhadap lapangan terbang Istanbul
NAJIB: Malaysia berpegang teguh dan sentiasa bersedia untuk bersama-sama dengan semua negara dalam memerangi musuh nombor satu keganasan ini.
Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas terhadap Lapangan Terbang Ataturk Istanbul semalam yang mengakibatkan 36 terbunuh dan hampir 150 orang cedera.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menyatakan rasa terkejutnya dengan berita serangan itu, mengucapkan takziah kepada rakyat Turki terutama keluarga dan mangsa serangan kejam terhadap mereka yang tidak berdosa itu.
"Malaysia berpegang teguh dan sentiasa bersedia untuk bersama-sama dengan semua negara dalam memerangi musuh nombor satu keganasan ini.
"Saya menggesa semua negara Islam supaya bersatu dan meningkatkan kerjasama terutama dalam mengutuk dan memerangi tindakan ganas oleh mereka yang mencela nama Islam," katanya dalam catatan di laman Facebook beliau @najibrazak.
Laporan agensi berita memetik pegawai-pegawai Tukri sebagai berkata tiga pengebom bunuh diri melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri mereka di lapangan terbang antarabangsa utama di Istanbul itu.
Najib berkata serangan pengganas itu menegaskan lagi terhadap keperluan mengadakan kerjasama perisikan dalam memerangi keganasan yang semakin memuncak ini.
Beliau juga berkata mesej bahawa Islam itu agama kedamaian, keadilan dan keterangkuman turut perlu disebarkan seluas-luasnya.
Perdana menteri berkata setakat ini tiada laporan mengenai mangsa rakyat Malaysia dalam serangan itu bagaimanapun Kementerian Luar akan terus memantau rapi keadaan di sana.
Sila hubungi Kedutaan Malaysia di Ankara +(90)312-4463547 atau +(90)312-4463548 untuk pertanyaan lanjut, katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Serangan bom lapangan terbang Istanbul
BACA: 36 maut dalam serangan di lapangan terbang Istanbul
Sementara itu, Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (Masat), dalam catatan Facebooknya mengesahkan bahawa sehingga kini tiada pelajar Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam tragedi itu.
Masat mengingatkan semua pelajar agar lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan terutama bagi mereka yang akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Istanbul
#lapangan terbang
#Malaysia
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#serangan bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan