awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk tindakan Israel ke atas penunjuk perasaan 'Great March of Return'

Bernama
Bernama
02/04/2019
00:01 MYT
Malaysia kutuk tindakan Israel ke atas penunjuk perasaan 'Great March of Return'
Penunjuk perasaan warga Palestin mengadakan perhimpunan sempena ulang tahun pertama 'Great March of Return' di sempadan Israel-Gaza, di timur Gaza City, 30 Mac, 2019. REUTERS
Malaysia mengutuk tindakan Israel menggunakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan semasa menyertai perhimpunan sempena ulang tahun pertama "Great March of Return" pada 30 Mac.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Isnin berkata penggunaan kekerasan secara berterusan oleh Israel ke atas penunjuk perasaan rakyat Palestin yang tidak bersenjata adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima walaupun dengan apa cara sekalipun.
"Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya empat orang awam Palestin yang tidak berdosa maut dan lebih 300 yang lain dilaporkan cedera.
"Penggunaan kekerasan adalah tidak wajar dan oleh itu, Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa segera bertindak untuk mengelakkan lebih ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi korban," kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu, tindakan Israel yang langsung tidak menghiraukan laporan dan dapatan "Independent International Commission of Inquiry on the protests in the Occupied Palestinian Territory" yang dikeluarkan bulan lepas jelas membuktikan kedegilan kerajaan Israel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Great March of Return
#Israel
#kekejaman israel
#kekerasan
#Kementerian Luar
#kementerian luar malaysia
#Malaysia
#maut
#perhimpunan
#rakyat Palestin
#serangan
#serangan Israel
#tunjuk perasaan
#Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan