MALAYSIA
Malaysia laksana latihan cegah penyeludupan radioaktif, nuklear rentas sempadan
Latihan itu bertujuan menguji keberkesanan pengesanan dan tindak balas negara anggota ASEAN dalam menangani kejadian keselamatan nuklear membabitkan penyeludupan bahan radioaktif atau nuklear rentas sempadan. - Gambar hiasan/ Reuters
JOHOR BAHRU: Latihan lapangan membabitkan demonstrasi tindak balas agensi Malaysia dalam menangani kejadian penyeludupan bahan radioaktif atau nuklear rentas sempadan akan diadakan di Jeti Maritim Gelang Patah, Johor pada Khamis dengan kerjasama negara anggota ASEAN iaitu Indonesia, Thailand dan Singapura.
Ringkasan AI
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom Malaysia (Atom Malaysia), Monalija Kosto berkata latihan itu dilaksanakan di bawah Program Latih Amal Pelbagai Hala Sekuriti Nuklear Malaysia-Indonesia-Thailand-Singapura (MITSATOM) 2025, dan merupakan penganjuran kali keempat di Malaysia selepas kali terakhir diadakan di Sabah pada 2018.
Penganjuran kali ini bersempena Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN 2025, dengan Atom Malaysia turut menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi ASEAN Network of Regulatory Bodies on Atomic Energy (ASEANTOM), di bawah Pelan Strategik Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC).
Latihan itu bertujuan menguji keberkesanan pengesanan dan tindak balas negara anggota ASEAN dalam menangani kejadian keselamatan nuklear membabitkan penyeludupan bahan radioaktif atau nuklear rentas sempadan darat Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura serta sempadan laut Malaysia-Indonesia.
"Selepas tujuh tahun, kita mengadakan semula Latihan. Pada kali ini meliputi kedua-dua aspek, (membabitkan) sempadan darat dan juga laut. Jadi, kita dapat fokus secara komprehensif untuk mengekang penyeludupan bahan radioaktif (pada masa hadapan),'' katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian MITSATOM 2025 di sini pada Isnin.
Turut hadir, Ketua Pengarah Atom Malaysia Noraishah Pungut serta Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin.
Monalija berkata senario latihan lapangan kali ini melibatkan usaha menyekat penyeludupan empat bahan radioaktif yang berjaya dikekang dan dikembalikan ke dalam kawalan pihak berkuasa, bagi menjamin keselamatan dan undang-undang.
''Bahan radioaktif ini kita kena dapatkan kembali, supaya ia berada dalam kawalan pihak berkuasa, sebab kita bimbang ia akan jatuh kepada orang yang salah dan tidak tahu mengenai bahaya bahan itu serta dikhuatiri mungkin digunakan untuk keganasan dan beri ancaman keselamatan kepada rakyat dan negara,'' katanya.
Latihan lapangan kali ini turut menguji keberkesanan peralatan, sistem komunikasi serta mengesahkan pelan dan prosedur operasi selain menilai keupayaan anggota bertindak balas dalam menangani senario sebenar.
Selain itu, latihan simulasi atas meja atau tabletop exercise turut dijalankan bagi membincangkan isu-isu berkaitan senario serta simulasi kejadian kemalangan radiologikal dan nuklear.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Latihan lapangan MITSATOM 2025 akan diadakan di Jeti Maritim Gelang Patah, Johor dengan kerjasama Indonesia, Thailand dan Singapura bagi menguji keupayaan tindak balas terhadap penyeludupan bahan radioaktif atau nuklear rentas sempadan darat dan laut.
- Latihan ini dianjurkan sempena Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN 2025 dan melibatkan senario penyekatan penyeludupan empat bahan radioaktif, termasuk pengesahan pelan operasi, keberkesanan sistem komunikasi serta penggunaan peralatan keselamatan.
- Selain latihan lapangan, simulasi atas meja turut dijalankan untuk membincangkan senario kemalangan radiologikal dan nuklear; latihan ini bertujuan memastikan bahan radioaktif kekal dalam kawalan pihak berkuasa dan tidak disalah guna untuk tujuan keganasan.