MALAYSIA
Malaysia larang penjualan produk 'Hong Thai inhaler' - KKM
KKM mengesahkan produk herba "Hong Thai Inhaler" tidak berdaftar dengan PBKD, dilarang di Malaysia berikutan isu pencemaran bakteria. -Gambar fail/Longtunman
PUTRAJAYA: Produk herba "Hong Thai Inhaler" didapati tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan dilarang dijual di Malaysia selepas produk itu dilaporkan ditarik balik di Thailand berikutan pencemaran oleh bakteria berbahaya.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pihaknya telah melaksanakan tindakan kawalan segera termasuk membuat saringan penjualan produk berkenaan di platform e-dagang, menyekat pautan penjual terlibat serta meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap penjual yang masih memasarkan produk terbabit.
Menurut KKM, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) telah mengesan 335 pautan iklan dan jualan produk itu oleh penjual tempatan dan luar negara, dan telah mengemukakan Notifikasi Aduan kepada pihak platform terbabit untuk menurunkan iklan bagi melindungi kesihatan pengguna.
Orang awam dinasihatkan menghentikan penggunaan produk ini serta-merta dan mendapatkan nasihat perubatan sekiranya mengalami kesan sampingan atau gejala mencurigakan.
KKM turut menjelaskan bahawa penjualan dan pemilikan ubat tidak berdaftar merupakan kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 Akta Jualan Dadah 1952 dengan denda hingga RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi individu, manakala syarikat boleh dikenakan denda hingga RM50,000.
Menurut KKM, bagi tempoh Januari hingga 30 Sept 2025, sebanyak 25,335 iklan perubatan telah disaring, manakala 1,958 pautan pelokasi sumber seragam (URL) dimohon untuk sekatan, selain 11,287 URL dinotifikasi kepada platform e-dagang tempatan untuk diturunkan.
Bagi tempoh sama, nilai rampasan produk tidak berdaftar yang direkodkan bagi tempoh sama berjumlah RM41.3 juta melibatkan 10,442 item.
Selain tindakan penguatkuasaan, BPF turut melaksanakan kempen kesedaran "Tolak Ubat Tidak Sah" (TOBaTS) bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai risiko penggunaan produk kesihatan tidak sah dan maklumat lanjut mengenai kempen itu boleh diperoleh di laman sesawang https://pharmacy.moh.gov.my/tobats.
KKM turut menasihati orang ramai supaya menyemak status pendaftaran ubat melalui pelekat keselamatan hologram dan nombor pendaftaran (MAL) sebelum membuat pembelian dan semakan juga boleh dilakukan di laman web www.npra.gov.my pada ruangan "Product Search".
Aduan dan maklumat mengenai penjualan ubat tidak berdaftar boleh disalurkan melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my serta mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi terdekat atau talian 03-7841 3200 bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- KKM mengesahkan produk herba "Hong Thai Inhaler" tidak berdaftar dengan PBKD, dilarang di Malaysia berikutan isu pencemaran bakteria.
- BPF telah kesan 335 pautan jualan produk itu, ambil tindakan untuk menurunkan iklan demi kesihatan pengguna.
- Selain rampasan produk tidak berdaftar, BPF jalankan kempen "Tolak Ubat Tidak Sah" dan nasihatkan orang ramai semak status pendaftaran ubat sebelum beli.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pihaknya telah melaksanakan tindakan kawalan segera termasuk membuat saringan penjualan produk berkenaan di platform e-dagang, menyekat pautan penjual terlibat serta meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap penjual yang masih memasarkan produk terbabit.
Menurut KKM, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) telah mengesan 335 pautan iklan dan jualan produk itu oleh penjual tempatan dan luar negara, dan telah mengemukakan Notifikasi Aduan kepada pihak platform terbabit untuk menurunkan iklan bagi melindungi kesihatan pengguna.
Orang awam dinasihatkan menghentikan penggunaan produk ini serta-merta dan mendapatkan nasihat perubatan sekiranya mengalami kesan sampingan atau gejala mencurigakan.
KKM turut menjelaskan bahawa penjualan dan pemilikan ubat tidak berdaftar merupakan kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 Akta Jualan Dadah 1952 dengan denda hingga RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi individu, manakala syarikat boleh dikenakan denda hingga RM50,000.
Menurut KKM, bagi tempoh Januari hingga 30 Sept 2025, sebanyak 25,335 iklan perubatan telah disaring, manakala 1,958 pautan pelokasi sumber seragam (URL) dimohon untuk sekatan, selain 11,287 URL dinotifikasi kepada platform e-dagang tempatan untuk diturunkan.
Bagi tempoh sama, nilai rampasan produk tidak berdaftar yang direkodkan bagi tempoh sama berjumlah RM41.3 juta melibatkan 10,442 item.
Selain tindakan penguatkuasaan, BPF turut melaksanakan kempen kesedaran "Tolak Ubat Tidak Sah" (TOBaTS) bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai risiko penggunaan produk kesihatan tidak sah dan maklumat lanjut mengenai kempen itu boleh diperoleh di laman sesawang https://pharmacy.moh.gov.my/tobats.
KKM turut menasihati orang ramai supaya menyemak status pendaftaran ubat melalui pelekat keselamatan hologram dan nombor pendaftaran (MAL) sebelum membuat pembelian dan semakan juga boleh dilakukan di laman web www.npra.gov.my pada ruangan "Product Search".
Aduan dan maklumat mengenai penjualan ubat tidak berdaftar boleh disalurkan melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my serta mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi terdekat atau talian 03-7841 3200 bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah produk herba yang dilaporkan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan dilarang dijual di Malaysia?
A: "Hong Thai Inhaler." - Q: Apa tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan dengan produk "Hong Thai Inhaler" yang tidak berdaftar?
A: KKM telah melaksanakan tindakan kawalan segera, termasuk menyekat penjualan produk tersebut di platform e-dagang, mengemukakan Notifikasi Aduan kepada pihak platform, dan melakukan tindakan penguatkuasaan terhadap penjual yang masih memasarkannya. - Q: Berapakah nilai rampasan produk tidak berdaftar yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga 30 September 2025?
A: RM41.3 juta, melibatkan 10,442 item. - Q: Apakah kesan kepada individu atau syarikat yang menjual atau memiliki ubat tidak berdaftar berdasarkan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984?
A: Individu boleh dihukum dengan denda hingga RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, manakala syarikat boleh dikenakan denda hingga RM50,000. - Q: Di mana orang ramai boleh memperoleh maklumat lanjut mengenai kempen "Tolak Ubat Tidak Sah" (TOBaTS) yang dianjurkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF)?
A: Maklumat lanjut mengenai kempen TOBaTS boleh diperoleh di laman sesawang https://pharmacy.moh.gov.my/tobats.