MALAYSIA
Malaysia lonjak lapan anak tangga dalam IMD World Talent Ranking 2025
Steven Sim berkata kejayaan ini ialah hasil pendekatan holistik KESUMA sebagai pemudah cara utama ekosistem bakat Malaysia. - Facebook SEA Infographics
PUTRAJAYA: Malaysia melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-25 dalam IMD World Talent Ranking 2025 sekali gus mencerminkan keupayaan Malaysia dalam menjadi antara destinasi utama profesional global.
Malaysia berada di tangga kelima selepas Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Australia pada peringkat Asia-Pasifik.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim menerusi kenyataan berkata kejayaan ini ialah hasil pendekatan holistik Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sebagai pemudah cara utama ekosistem bakat Malaysia.
"KESUMA yang menyelaras dasar tenaga kerja, inisiatif pembangunan kemahiran, program latihan industri serta kerjasama dengan industri dan akademia.
"Transformasi struktur KESUMA memberikan penekanan kepada pemerkasaan dasar, peningkatan kemahiran serta pemahiran semula agar tenaga kerja negara kekal kompetitif dan bersedia menghadapi perubahan pekerjaan baharu," katanya.
Bagi memperkukuh pembangunan kumpulan bakat masa depan, beliau berkata TalentCorp di bawah KESUMA menggerakkan Majlis MyMahir Future Skills Talent Council (FSTC) dan program Kolaborasi Industri-Akademia (IAC).
"Inisiatif ini sejajar dengan amalan antarabangsa yang menekankan penyelarasan pembangunan kemahiran mengikut sektor, penglibatan majikan, serta integrasi kemahiran insaniah dan teknikal untuk memastikan graduan kekal relevan dengan keperluan industri," katanya.
Sim berkata pendekatan bersepadu meliputi pendidikan, latihan, penyelidikan, kerjasama industri-akademia, pembangunan bakat global dan dasar tenaga kerja ialah kunci untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bakat serantau yang kompeten, adaptif, dan mampan, sekali gus memacu daya saing ekonomi negara pada peringkat global.
-- BERNAMA