awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia mahu anggotai Lembaga Eksekutif UN-Habitat

Bernama
Bernama
28/03/2023
07:25 MYT
Malaysia mahu anggotai Lembaga Eksekutif UN-Habitat
Kor Ming berkata hasrat itu akan mengukuhkan peranan Malaysia dalam menjayakan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutamanya Matlamat 11 (Petempatan dan Masyarakat Mampan). - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia berhasrat menganggotai Lembaga Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UN-Habitat) bagi mewakili rantau Asia Pasifik pada pemilihan yang akan diadakan di Nairobi, Kenya, Jun depan.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata hasrat itu akan mengukuhkan peranan Malaysia dalam menjayakan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutamanya Matlamat 11 (Petempatan dan Masyarakat Mampan).
"Ia akan meletakkan negara di barisan hadapan dalam agenda perbandaran mampan dan sejagat di pentas global," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nga pada 20 Mac lepas telah mengadakan sesi libat urus bersama duta besar dan wakil kedutaan asing di Malaysia dari negara rantau Asia Pasifik serta wakil daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Wisma Putra, sebagai satu wadah untuk merealisasikan hasrat Malaysia menganggotai Lembaga Eksekutif UN-Habitat.
UN-Habitat diberi mandat oleh Perhimpunan Agung PBB untuk mempromosikan bandar dan pengurusan bandar yang mampan dari segi sosial dan alam sekitar dengan matlamat menyediakan tempat perlindungan yang mencukupi untuk semua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#UN-Habitat
#PBB
#Nga Kor Ming
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan