KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia berharap akan ada gencatan senjata kekal di Palestin dengan gencatan senjata selama empat hari hanya langkah pertama mengakhiri penghapusan etik di bumi Gaza.
Dalam wawancara dengan Al-Jazeera Mubasher yang dikeluarkan hari ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata gencatan senjata selama empat hari adalah sesuatu yang Malaysia bersama-sama Indonesia dan negara Islam lain menyambut baik tetapi masih berharap penyelesaian kekal dapat dicapai untuk mengakhiri konflik tersebut.
"Saya fikir ini langkah pertama...saya percaya mungkin banyak lagi yang perlu dilakukan kerana Israel tidak membayangkan untuk menghentikan usaha perangnya, dan ini kepada saya membimbangkan.
"Pada masa sama, kita berharap tidak ada peningkatan konflik terutama di kawasan sempadan, misalnya antara Lubnan dan Israel," katanya dalam wawancara dengan organisasi media tersebut.
Fahmi berkata Malaysia juga percaya bahawa terdapat keperluan untuk mencapai kata sepakat di peringkat antarabangsa dan kerajaan kerajaan Malaysia bersedia untuk memainkan peranannya, bukan sahaja menyuarakan rasa tidak puas kelewatan gencatan kemanusiaan tetapi juga menantikan kemajuan dalam menghentikan peperangan dan penghapusan etnik.
Semalam, Hamas berkata bahawa ia telah mencapai perjanjian gencatan senjata selama empat hari dengan Israel di bawah pengantaraan Qatar-Mesir selepas 46 hari konflik berdarah di kawasan yang dikepung.
Mengikut perjanjian diusahakan Qatar, Hamas bersetuju untuk membebaskan 50 wanita dan kanak-kanak warga Israel yang ditahan di Gaza sebagai pertukaran bagi 150 tahanan Palestin di penjara Israel.
Perjanjian itu juga termasuk menghentikan semua operasi ketenteraan selama empat hari dan membenarkan 300 trak bantuan kemanusiaan, perubatan dan minyak masuk ke Semenanjung Gaza.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata walaupun Malaysia bukan merupakan pihak yang menandatangani Statut Rom, bermakna ia tidak dapat membawa kes terhadap Israel dan pemimpinnya tetapi Malaysia bersedia membantu dalam kes untuk mendakwa pemimpin Israel atas jenayah perang terhadap rakyat Palestin.
"Malah, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mmberikan bantuan guaman kepada pasukan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk membawa kes terhadap Israel dan pemimpinnya terbabit dalam penghapusan etnik itu.
"Jadi Malaysia dari satu sudut bersedia membantu dalam kes untuk mendakwa pemimpin Israel atas jenayah perang terhadap rakyat Palestin, khususnya di Gaza,"katanya.
Menjawab soalan sama ada Malaysia akan menghantar tentera ke Palestin, Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata isu ini telah dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, di mana beliau menyebutkan bahawa pada masa ini, Malaysia tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian kerana mereka sudah mempunyai pasukan pengaman Batalion Malaysia (Malbatt) di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpangkalan di Lubnan.
Sementara itu, dalam wawancara berasingan, Fahmi berkata Malaysia menyedari beberapa institusi dan bangunan yang khusus dibina untuk rakyat Palestin di Gaza telah menjadi sasaran serangan Israel.
"Oleh itu, kerajaan Malaysia mungkin perlu meneliti lebih terperinci dalam hal ini kerana kos membinanya melibatkan sejumlah besar dana yang dikumpulkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia,"katanya.
Pada masa yang sama, katanya, Malaysia, sehingga kini, melalui kerajaan dan juga dengan bantuan banyak sektor swasta dan entiti korporat, telah mengumpulkan hampir RM100 juta (kira-kira US$ 22 juta) untuk usaha bantuan kemanusiaan di Palestin.
Menurutnya, keperluan segera dan mendesak rakyat Palestin adalah bantuan makanan dan perubatan.
"Saya fikir ini adalah perkara yang diperlukan dengan segera menjelang musim sejuk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
FAHMI: Pada masa sama, kita berharap tidak ada peningkatan konflik terutama di kawasan sempadan, misalnya antara Lubnan dan Israel. - Gambar fail/BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.