MALAYSIA
Malaysia mahu perkukuh peranan ASEAN pada sidang kemuncak RCEP - PM Anwar
Anwar tekankan keperluan menangani halangan bukan tarif, memajukan ekonomi digital dan peralihan hijau dalam rangka kerja RCEP. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia berhasrat mengukuhkan peranan utama ASEAN dalam memandu pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) semasa Mesyuarat Pemimpin RCEP ke-5 minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata RCEP bukan hanya sekadar perjanjian ekonomi, ia mencerminkan secara strategik bahawa semangat keserantauan terbuka kekal menjadi laluan ke arah kemakmuran bersama.
"Kita mahu manfaat RCEP bukan sahaja diraih oleh syarikat multinasional besar, tetapi juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kita, pekerja dan masyarakat tempatan," kata beliau.
Perdana Menteri berkata demikian semasa majlis penutup Sidang Kemuncak DHL GoTrade 2025, di sini, hari ini.
Mesyuarat Pemimpin RCEP ke-5 dijadualkan berlangsung pada 27 Oktober, yang akan diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bermula dari 26 hingga 28 Okt 2025.
Menurut Anwar, kejayaan RCEP akan bergantung kepada keupayaan untuk menterjemahkan komitmen kepada peluang.
"Ini termasuk menangani halangan bukan tarif, meningkatkan kemudahan perdagangan dan memastikan ekonomi digital, peralihan hijau dan sektor perkhidmatan disepadukan sepenuhnya ke dalam rangka kerja itu.
"Dalam memajukan visi integrasi yang lebih mendalam ini, sudah sampai masanya bagi ASEAN, dan seluruh dunia, mengalihkan perhatian mereka kepada RCEP, perjanjian perdagangan terbesar dunia, merangkumi hampir satu pertiga daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan perdagangan global," kata beliau.
Perdana Menteri berkata rantau ASEAN telah menjadi hubungan penting dalam rantaian bekalan global, hab pembuatan dan pasaran dinamik dengan 680 juta populasi.
Menurut beliau, dalam tempoh lima tahun, ASEAN dijangka menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia, justeru, rantau ini perlu terus menerapkan prinsip keterbukaan dan perpaduan di tengah-tengah ketidaktentuan global.
"Pertumbuhan ini bukan secara kebetulan -- ia adalah hasil daripada tekad bersama untuk menegakkan perdagangan bebas dan adil sambil memanfaatkan kelebihan kompetitif kami.
"Aspirasi Malaysia adalah jelas, kami mahu mengukuhkan peranan kami sebagai hab pelaburan yang dipercayai, sambil memastikan perusahaan tempatan dan syarikat baharu tidak ketinggalan," kata beliau.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia mahu ASEAN memainkan peranan utama dalam pelaksanaan RCEP, dengan fokus kepada manfaat untuk PKS, pekerja dan masyarakat tempatan.
- Anwar tekankan keperluan menangani halangan bukan tarif, memajukan ekonomi digital dan peralihan hijau dalam rangka kerja RCEP.
- ASEAN dijangka menjadi ekonomi keempat terbesar dunia dalam lima tahun, justeru perlu kekalkan prinsip keterbukaan dan perpaduan untuk capai kemakmuran bersama.