Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan sektor pelancongan dengan Azerbaijan.
Menurut Perdana Menteri, ramai rakyat Malaysia mengenali ibu negara Azerbaijan kerana nilai sejarah yang dimiliki Baku itu.
Justeru, beliau melihat sektor pelancongan kedua-dua negara mempunyai potensi besar untuk dikembangkan.
“Kami adalah sebuah negara yang bersifat neutral dan kami mesti berkawan dengan semua orang. Kami tidak ambil tahu sistem dalaman dan ideologi mereka.
“Kami mahu menjadi adil dan berkawan kerana Malaysia adalah sebuah negara perdagangan (dan) ia sebuah perdagangan bebas, maka (Malaysia) perlu sentiasa mesra pasaran," kata beliau.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kerajaan menganggap semua negara sebagai satu peluang untuk memasarkan produk Malaysia.
“Hari ini Malaysia mempunyai hubungan dagangan dengan kira-kira 190 negara dan rakyat Malaysia terlibat dengan perniagaan bersama dengan sesetengah negara itu.
“Di Azerbaijan juga kita mempunyai rakyat Malaysia yang tinggal di sini,” katanya.
Terdahulu, Dr Mahathir mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev di Istana Presiden di sini.
Malaysia mempunyai hubungan ekonomi dengan Azerbaijan sejak kedua-dua negara menjalin diplomatik penuh sejak April 1993.
Kedua-dua negara menikmati hubungan rapat dalam sektor tenaga di mana syarikat minyak nasional Malaysia, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah melabur lebih AS$4 bilion dalam ekonomi Azerbaijan sehingga kini.
Hasimi Muhamad
Sat Oct 26 2019
Dr Mahathir Mohamad dan Ilham Aliyev mengadakan pertemuan di Istana Presiden di Baku, Azerbaijan pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI/ HASIMI MUHAMAD
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Azerbaijan belanja US$12 bilion untuk kerja pembinaan semula wilayah yang dibebaskan
Kerja-kerja pembinaan semula termasuk membina semula bandar dan kampung, jalan raya, jambatan, serta memulihkan monumen yang musnah.
Azerbaijan tandatangani kontrak beli jet pejuang JF-17 Pakistan
Pembelian pesawat JF-17 itu "akan memperkukuh keupayaan kuasa udara Azerbaijan.
Speaker Dewan Negara terima rawatan susulan di KL
Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April lalu.
Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29
Azerbajian menasihatkan wakil dari 110 negara anggota COP29 supaya mengelak menuding jari sebaliknya tumpu kepada tindakan kolaboratif.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Armenia, Azerbaijan setuju bebaskan tahanan
Armenia dan Azerbaijan pada Khamis bersetuju untuk saling membebaskan tahanan.
Armenia zahir kekecewaan kenyataan delegasi PBB selepas lawatan ke Nagorno-Karabakh
Dengan kebimbangan dan kekecewaan yang mendalam, Armenia memperoleh maklumat mengenai lawatan delegasi PBB ke Nagorno-Karabakh.
Hampir 100,000 penduduk Nagorno-Karabakh lari ke Armenia
Hampir 100,000 penduduk melarikan diri dari Nagorno-Karabakh ke Armenia selepas wilayah itu ditawan Azerbaijan dalam operasi ketenteraan.
Depoh bahan api meletup di Nagorno-Karabakh ragut 20 nyawa, ratusan lagi cedera
Sekurang-kurangnya 20 orang maut, manakala 290 lagi cedera dalam insiden letupan depoh bahan api di wilayah Nagorno-Karabakh pada Isnin.
Nagorno-Karabakh: Azerbaijan, Armenia setuju gencatan senjata sepenuhnya - Rusia
Azerbaijan dan wakil penduduk Armenia di Nagorno-Karabakh telah bersetuju mengenai menghentikan permusuhan sepenuhnya melalui pengantaraan pasukan pengaman Rusia.