MALAYSIA
Malaysia majukan penyelidikan nutrisi minyak sawit menerusi MPOB - Johari
Johari berkata kajian itu bertujuan untuk memastikan dapatan daripadanya akan memberikan sumbangan bermakna kepada kesihatan awam dan panduan pemakanan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mengukuhkan kedudukannya dalam penyelidikan nutrisi berasaskan sains melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang sedang menjalankan kajian menilai nilai nutrisi, komponen bioaktif dan kesan kesihatan daripada penggunaan minyak sawit.
Ringkasan AI
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kajian itu bertujuan untuk memastikan dapatan daripadanya akan memberikan sumbangan bermakna kepada kesihatan awam dan panduan pemakanan.
Beliau berkata usaha ini dimantapkan melalui kerjasama kukuh dengan universiti, hospital dan institusi penyelidikan terkemuka dan satu daripada inisiatif utama ialah Kajian PEACE, program penyelidikan kolaboratif antara MPOB dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Kajian epidemiologi yang besar ini mengkaji bagaimana penggunaan minyak sawit mempengaruhi risiko kardiometabolik, keradangan, mikrobiom dan nutrigenomik dalam populasi kita.
"Kajian PEACE akan menyediakan Malaysia dengan asas berasaskan bukti untuk membentuk panduan pemakanan, piawaian produk dan keputusan pelaburan pada masa hadapan," katanya pada Simposium Satelit Nutrisi, yang diadakan sempena Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB (PIPOC) 2025, di sini, hari ini.
Ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.
Johari berkata MPOB menerajui usaha memajukan pemahaman saintifik tentang fungsi minyak sawit melalui kajian mengenai tokotrienol, karotenoid dan lipid berstruktur, membawakan penemuan makmal kepada penggunaan dunia sebenar yang memberi manfaat kepada pengguna.
"Komitmen kita terhadap penyelidikan dan inovasi memastikan amalan bertanggungjawab dalam bidang ini menghasilkan manfaat kepada pengguna, klinik dan pasaran," katanya.
Di peringkat kebangsaan, Johari berkata Mesyuarat Khas ke-18 Majlis Keselamatan Makanan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan menyokong secara rasmi 'Pelaksanaan minyak sawit merah (RPO) dan suplemen biskut berasaskan RPO' melalui kementerian dan agensi berkaitan yang melibatkan kanak-kanak secara pilihan, dengan tumpuan awal kepada kumpulan yang kekurangan zat makanan dan kumpulan rentan.
Dua strategi utama telah diluluskan di bawah inisiatif ini: pertama, menggunakan minyak sawit merah dalam menu makanan di sekolah, hospital dan prasekolah; dan kedua, mengedarkan biskut berasaskan minyak sawit merah melalui agensi dan kementerian yang melibatkan kanak-kanak.
Majlis itu turut menyaksikan pemeteraian 11 memorandum perjanjian (MoA) antara MPOB dan 11 institusi pengajian tinggi dan organisasi penyelidikan.
MoA ini merasmikan kerjasama penyelidikan mengenai tokotrienol sawit dalam bidang seperti penyembuhan luka, fungsi anti-kanser, perlindungan organ dan kesihatan metabolik.
Organisasi yang menandatangani MoA itu termasuk Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, UKM, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Monash Malaysia dan Cancer Research Malaysia (CRM).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- MPOB mengukuhkan kajian nutrisi minyak sawit dengan kerjasama universiti, hospital, dan institusi penyelidikan terkemuka bagi memberi sumbangan kepada kesihatan awam dan panduan pemakanan.
- Kajian PEACE, kolaborasi antara MPOB dan UKM, fokus kepada pengaruh minyak sawit terhadap risiko kardiometabolik, keradangan, mikrobiom, dan nutrigenomik untuk membentuk panduan pemakanan dan piawaian produk.
- Majlis Keselamatan Makanan Kebangsaan menyokong pelaksanaan minyak sawit merah dalam menu makanan sekolah dan hospital serta distribusi biskut berasaskan minyak sawit merah kepada kanak-kanak yang memerlukan.