KUALA LUMPUR: Malaysia mampu mencorak laluan dalam pengeluaran produk vaksin sendiri yang berkualiti, berkesan dan selamat mengikut syarat ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sekali gus menjadi hab pengeluar vaksin.
Ia dapat dilaksanakan melalui Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) dan penubuhan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI).
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia juga dapat meningkatkan keyakinan terhadap penggunaan vaksin selain dapat memberi kesan positif daripada sudut ekonomi, sosial dan teknologi.
"Melalui pelaksanaan PPVN dan penubuhan MGVI ini, modal insan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang penyelidikan terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan dan vaksin akan dapat dilahirkan.
"Walaupun pembangunan R&D dan penghasilan vaksin ini merupakan suatu pelaburan yang tinggi, tetapi ia berpotensi memberikan pulangan jangka panjang buat Keluarga Malaysia melalui penjimatan kos merawat penyakit, selain membawa pelaburan syarikat multinasional ke Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara serta Institut Genom dan Vaksin Malaysia, hari ini.
Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.
Tambahnya sebagai langkah awal ke arah itu, beliau berkongsi tiga projek bersedia untuk dilaksanakan melalui PPVN.
"Pertama, dua jenis vaksin COVID-19 menggunakan virus yang dilemahkan (inactivated) dan mRNA yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Pembangunan vaksin ini akan tertumpu kepada Variant of Concern (VOC) COVID-19 yang terdapat di Malaysia.
Katanya, ia membabitkan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan iaitu peruntukan penyelidikan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Sukuk Prihatin iaitu bantuan khas peruntukan penyelidikan COVID-19 yang berjumlah RM3.5 juta.
"Kedua, vaksin kolera yang dibangunkan hasil kerjasama di antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) turut membiayai projek ini menggunakan Dana Penyelidikan Strategik (SRF).
"Ia membabitkan sebanyak RM10.5 juta bertajuk 'Development of Mucosal/Oral/Subunit Vaccines Against Cholera, Tuberculosis and COVID-19'.
"Ketiga, projek 'Pre-clinical Evaluation of A Therapeutic Cancer Vaccine for The Treatment of Head and Neck Cancer' oleh Cancer Research Malaysia (CRM) berjumlah RM3 juta yang dibiayai MOSTI.
"Bagaimanapun, memandangkan tiada kemudahan ujian klinikal iaitu first in human di Malaysia lagi pada ketika ini, maka CRM akan menjalankan ujian klinikal bermula Februari 2022 hingga Mac 2023 di United Kingdom (UK)," katanya.
Hakim Rahman
Mon Nov 01 2021
ISMAIL SABRI: Melalui pelaksanaan PPVN dan penubuhan MGVI ini, modal insan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang penyelidikan terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan dan vaksin akan dapat dilahirkan. -Astro AWANI
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
KKM sahkan suplemen kesihatan 'Beni Koji Choleste Help' tidak berdaftar
RYR adalah bahan yang diekstrak atau dihasilkan melalui proses penapaian beras dengan menggunakan sejenis yis dikenali sebagai 'Monascus purpureus'.
KKM senarai empat produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Kesemua produk berkenaan mengandungi racun berjadual yang dikesan seperti merkuri, Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate.
KKM batal notifikasi dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Produk Airee Beautycare Night Cream mengandungi merkuri manakala BL Ledehh Day Cream 1 mengandungi hydroquinone dan tretinoin.
Malaysia bakal laksana ujian percubaan klinikal pertama ke atas manusia
Malaysia bakal melaksanakan ujian percubaan klinikal yang pertama ke atas manusia tidak lama lagi.
Guaifenesin Syrup tidak berdaftar di Malaysia, KKM nasihat henti guna
Berdasarkan semakan yang dilakukan terhadap pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berkaitan produk berkenaan.
Kerajaan lulus vaksin COVID-19 Spikevax untuk individu 12 tahun ke atas
Vaksin COVID-19 Spikevax keluaran Rovi Pharma Industrial Services di Sepanyol diberikan kelulusan bersyarat untuk kegunaan individu berusia 12 tahun ke atas, kata Ketua Pengarah Kesihatan.
Klinik swasta jual produk tidak berdaftar diserbu
Sumber produk berkenaan tidak diketahui dan penggunaan produk tersebut adalah tidak diyakini keselamatannya serta boleh membahayakan kesihatan orang awam.
KKM dirayu iktiraf penemuan baharu didakwa vaksin COVID-19
Permohonan telah dihantar kepada KKM sejak 15 Mac lalu disusuli kepada NPRA pada 15 Mei sebagai proses mendapatkan kelulusan untuk digunakan secara lebih meluas.
KKM lulus pendaftaran bersyarat Evusheld, cegah jangkitan COVID-19
Ia digunakan berikutan pra-pendedahan COVID-19 kepada orang dewasa dan remaja dengan berat sekurang-kurangnya 40 kilogram.
451 laporan AEFI selesai disiasat dan dinilai, tiada kes kematian hubung kait dengan vaksin
156 laporan lagi masih dalam proses penyiasatan sebelum dinilai oleh Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin COVID-19 (JFK).