KUALA LUMPUR: Malaysia mampu mencapai tahap negara maju seperti Korea Selatan dalam tempoh lima hingga lapan tahun akan datang kerana mempunyai sumber alam dan tenaga yang mencukupi untuk memperkasa Ekonomi MADANI yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin berkata Malaysia juga mampu mencontohi Korea Selatan yang berjaya mengubah hala tuju dan polisi ekonominya melalui pendekatan inovasi, berpendapatan tinggi dan menggunakan teknologi terkini sekali gus memacu pembangunan dan menjadi negara maju pada masa ini.
"Kalau kita lihat syarikat Samsung sebagai contoh di Korea Selatan, ada 50,000 pemegang PhD (kelulusan Doktor Falsafah) yang menjadi penyelidik, paling ramai di dunia. Ini menunjukkan mereka telah mulakan usaha dari dulu lagi (1960-an).
"Sebab itu kita perlu ikuti jejak Korea Selatan termasuk dari segi gaji progresif dan gaji minimum, supaya kita boleh mengekalkan bakat yang hebat dan menangani isu penghijrahan golongan profesional ke luar negara ekoran gaji yang rendah," katanya dalam program 'Apa Khabar Malaysia' bagi mengulas mengenai 'Memperkasa Ekonomi MADANI' di Bernama TV pada Selasa.
Rais turut melihat kerajaan hari ini juga memberi fokus kepada usaha mengimbangi keperluan dalam membangunkan ekonomi dan pada masa sama membantu golongan miskin tegar dan yang memerlukan termasuk peniaga mikro, kecil dan sederhana.
"Jika dilihat kerajaan melalui Menteri Ekonomi Rafizi Ramli juga banyak menekankan mengenai solusi operasi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, antara lain untuk meningkatkan peratusan pendapatan pekerja kepada 45 peratus daripada 35 peratus ketika ini.
"Tidak seperti kerajaan terdahulu yang sering menguar-uarkan projek mega, projek besar-besar, tetapi tidak tahu apa yang akan dihasilkan...memang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) banyak, namun adakah bahagian KDNK ini pergi semula kepada rakyat atau tidak? kita tidak nampak perkara itu," katanya.
Rais yakin dengan adanya keazaman politik yang kuat, pengurusan kewangan yang cermat, tadbir urus berintegriti dan beramanah, kerangka Ekonomi Madani dapat direalisasikan sekali gus menggerakkan Malaysia kepada sasaran yang ingin dicapai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
Rais melihat kerajaan hari ini memberi fokus kepada usaha mengimbangi keperluan dalam membangunkan ekonomi dan pada masa sama membantu golongan miskin tegar. - Foto fail/Sinar Harian
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Malaysia mampu jadi negara maju seperti Korea Selatan - Emir Research
Malaysia mampu mencapai tahap negara maju seperti Korea Selatan dalam tempoh lima hingga lapan tahun akan datang kerana mempunyai sumber alam dan tenaga yang mencukupi untuk memperkasa Ekonomi MADANI.
Keputusan siasat Malaysia rugi RM4.5 trilion langkah tepat
Siasatan adalah langkah tepat berikutan setiap RM1 yang dibelanjakan mesti mempunyai hasil dan impak diinginkan kepada rakyat dan negara.
[KOLUMNIS] Pelancaran 5G Malaysia: Hala tuju yang terbaik
MNO akan memaksimumkan kecekapan dengan memanfaatkan aset sedia ada, kepakaran dan ekosistem rakan kongsi untuk memberi impak kos terbaik kepada Rakyat.
Kerajaan perpaduan perlu tangani segera isu ekonomi - Emir Research
Isu peningkatan kos sara hidup, hala tuju pendidikan negara serta jaminan sektor pekerjaan perlu terus diberikan penekanan.
Malaysia rugi RM3 trilion akibat rasuah
Jumlah RM3 trilion itu mewakili hingga empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak tahun 1997.
Pembukaan semula sekolah pada September sangat berisiko - EMIR Research
Ahmad Ameen berkata golongan berusia bawah 18 tahun, iaitu hampir 30 peratus penduduk Malaysia, adalah kumpulan terbesar tanpa perlindungan.
Moratorium menyeluruh enam bulan diperlukan bagi jaringan keselamatan sosial, perniagaan - EMIR Research
Moratorium pinjaman kepada semua perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) serta isi rumah B40 dan M40 selain moratorium bersasar adalah diperlukan.
[KOLUMNIS] Patologi penolakan Zionis
Yahudi yang berhijrah ke Palestin di bawah panji Zionisme adalah pendatang asing.
[KOLUMNIS] Reformasikan budaya pendanaan politik kita agar lebih telus
Satu isu yang belum mendapat perhatian sewajarnya adalah hubungan antara badan amal atau badan sosial dengan penaung politik mereka.
COVID-19: Tiada politik, tumpuan sepenuhnya kepada pandemik dan pemulihan ekonomi - EMIR Research
EMIR Research dalam kenyataan menggariskan beberapa perkara yang boleh dilakukan kerajaan.