awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia manfaatkan kepakaran Thaksin untuk pacu kemajuan ASEAN

Bernama
Bernama
04/01/2025
21:00 MYT
Malaysia manfaatkan kepakaran Thaksin untuk pacu kemajuan ASEAN
Pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 membuka peluang strategik untuk memperkukuh kerjasama serantau. - Foto fail/REUTERS
BANGKOK: Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 membuka peluang strategik untuk memperkukuh kerjasama serantau, dengan prospek cerah untuk hubungan dua hala dan komuniti ASEAN secara lebih menyeluruh.
Penolong Profesor Dr Yasmin Sattar dari Fakulti Sains Politik, Prince of Songkla University, Kampus Pattani berkata kerjasama itu mampu membuka manfaat bersama dalam pelbagai sektor termasuk kerjasama dalam perdagangan, perkongsian tenaga, dan keselamatan.
"Bagi Malaysia, kerjasama ini menyediakan akses berharga kepada perspektif serantau yang berpengalaman dan berpotensi membuka peluang baharu untuk menangani cabaran kritikal, terutamanya dalam keterjaminan tenaga dan pengurusan sempadan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Thailand juga dijangka mendapat manfaat besar daripada kerjasama ini menerusi pengukuhan hubungan ekonomi dan saluran diplomatik, katanya.
"Pendekatan ini mungkin membawa makna penting khususnya kepada wilayah Selatan Thailand, di mana ia boleh membuka peluang baharu untuk dialog damai dan penyelesaian konflik," katanya.
Di peringkat global, Yasmin berpandangan langkah itu menyerlahkan komitmen Malaysia untuk menerima pelbagai perspektif dalam diplomasi antarabangsa, menjadikannya sebuah negara yang berfikiran ke hadapan semasa mempengerusikan ASEAN.
"Pelantikan (Thaksin) ini merupakan langkah strategik yang berani dan kelihatan dirancang untuk memperkukuh kedudukan Malaysia dalam pelbagai bidang sambil memanfaatkan pengalaman tokoh serantau, khususnya semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN," katanya.
Dalam kalangan negara ASEAN, Yasmin berkata langkah itu mengukuhkan peranan kepimpinan Malaysia dan berpotensi meningkatkan koordinasi antara negara anggota.
Walaupun peranan penasihat ini menawarkan pelbagai peluang yang menjanjikan untuk penyelesaian konflik serantau, Yasmin menegaskan bahawa harapan perlu kekal realistik bagi memastikan hasil yang nyata.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember lepas mengumumkan pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasminya untuk mempengerusikan ASEAN pada 2025.
Pengumuman itu dibuat semasa sidang media bersama dengan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, yang juga anak perempuan Thaksin, ketika lawatannya ke Malaysia pada 16 Disember di Putrajaya.
Profesor Madya Dr Yuttaporn Issarachai daripada Fakulti Sains Politik, Universiti Sukhothai Thammathirat, melihat bahawa pelantikan Thaksin boleh memperkukuh hubungan dua hala dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara, terutamanya dalam menangani cabaran bersama seperti isu keselamatan di sempadan Thailand-Malaysia.
Yuttaporn menekankan bahawa hubungan peribadi Thaksin dengan pemimpin ASEAN, termasuk dari Malaysia, Brunei, Kemboja, dan juga Myanmar, memberikan beliau kelebihan tersendiri untuk memupuk kerjasama serantau.
Malaysia secara rasmi mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada 1 Jan 2025.
Malaysia sebelum ini telah mempengerusikan ASEAN pada 1977, 1997, 2005, dan 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thaksin Shinawatra
#Malaysia
#ASEAN
#Yasmin Sattar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan