MALAYSIA
Malaysia menang bidaan tuan rumah SIGGRAPH Asia 2026
Wilson berucap pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Kandungan Digital 2025 ASEAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, 2 Sept 2025. --fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Malaysia menang dalam bidaan menjadi tuan rumah Persidangan Kumpulan Minat Khas mengenai Grafik Komputer dan Teknik Interaktif (SIGGRAPH) Asia 2026, satu daripada persidangan terbesar dunia dan paling berpestij dalam bidang grafik komputer dan teknik interaktif.
Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata acara itu yang akan diadakan di bawah Kerajaan MADANI, bakal mengukuhkan lagi ekosistem digital negara dan meletakkan ASEAN sebagai kuasa kreatif global.
"Di bawah Kerajaan MADANI, Malaysia komited sepenuhnya dalam menyokong industri (grafik komputer dan teknik interaktif) ini sebagai sebahagian daripada visi kami ke arah masa depan yang mampan, inklusif dan berdaya saing.
"Sebagai bukti komitmen ini, saya dengan sukacita mengumumkan bahawa Malaysia telah memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah SIGGRAPH Asia 2026," katanya dalam ucaptama di Persidangan Kandungan Digital ASEAN (ADCS) 2025 di Persada Johor, di sini semalam.
Wilson berkata SIGGRAPH Asia 2026 dijangka menghimpunkan lebih 3,000 profesional industri tersebut dari Asia, Amerika Syarikat dan Eropah.
Persidangan itu juga bakal membuka peluang baharu bagi kerjasama, inovasi dan pelaburan dalam sektor teknologi kreatif Malaysia yang sedang berkembang pesat.
SIGGRAPH Asia 2025 akan diadakan di Hong Kong pada Disember ini.
-- BERNAMA