Skip to main content

Malaysia

Malaysia, Mesir dijangka adakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama pada suku pertama 2027

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Kompleks Seri Perdana Complex, hari ini.  -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Kompleks Seri Perdana Complex, hari ini. -fotoBERNAMA

Advertisement

Ringkasan AI

  • Malaysia dan Mesir akan memperluas kerjasama perdagangan, pelaburan dan penerbangan melalui Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Mesir (JCM) tahun depan.
  • Perdagangan Malaysia-Mesir meningkat 74.7 peratus tahun ini, namun nilai asas perdagangan masih rendah dan berpotensi untuk dipertingkatkan.
  • Mesir dilihat sebagai rakan berpotensi membekalkan produk farmaseutikal, sejajar usaha Malaysia mendapatkan bekalan dari negara ekonomi sedang pesat membangun.

PUTRAJAYA: Malaysia dan Mesir akan memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan, meningkatkan hubungan penerbangan serta meneroka peluang baharu dalam sektor ekonomi menerusi Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Mesir (JCM) pada suku pertama tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah mesyuarat JCM kali kedua dan Rundingan Dua Hala (BC) pada tarikh yang dipersetujui bersama  kedua-dua negara.

Beliau berkata mesyuarat itu akan menjadi platform bagi menterjemah hubungan dua hala yang semakin erat kepada peluang kerjasama ekonomi yang lebih luas, khususnya dalam perdagangan dan pelaburan.

Beliau berkata walaupun perdagangan Malaysia-Mesir merekodkan peningkatan 74.7 peratus tahun ini, nilai asas perdagangan yang masih rendah menunjukkan potensi besar untuk diteroka.

"Kita telah mencapai peningkatan yang begitu ketara tahun ini, dengan perdagangan meningkat 74.7 peratus, tetapi angka itu masih berasaskan nilai yang sangat rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, sempena lawatan negara dua hari pemimpin itu ke Malaysia, di sini, pada Sabtu.

Selain itu, Anwar berkata Malaysia turut melihat Mesir sebagai antara rakan berpotensi untuk membekalkan produk farmaseutikal, selaras usaha mendapatkan bekalan dari negara ekonomi sedang pesat membangun, termasuk negara anggota BRICS.

Dalam pada itu, beliau berkata hubungan penerbangan yang lebih baik, termasuk peningkatan kekerapan penerbangan, penting bagi menyokong pertumbuhan perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

Menurutnya, kedudukan Mesir sebagai negara penting di dunia Arab dan Afrika turut menyediakan peluang kepada Malaysia untuk meluaskan jaringan ekonomi serta kerjasama serantau.

Katanya, Malaysia turut melihat Mesir sebagai antara rakan berpotensi untuk membekalkan produk farmaseutikal, selaras usaha mendapatkan bekalan dari negara ekonomi sedang pesat membangun, termasuk negara anggota BRICS.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah fokus utama Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Mesir (JCM) yang akan datang? 
    A: Fokus utama JCM adalah memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan, meningkatkan hubungan penerbangan, serta meneroka peluang baharu dalam sektor ekonomi antara Malaysia dan Mesir.
  • Q: Bilakah dan di mana Mesyuarat JCM kali kedua akan diadakan? 
    A: Mesyuarat JCM kali kedua akan diadakan pada suku pertama tahun depan dan Malaysia akan menjadi tuan rumah pada tarikh yang dipersetujui bersama kedua-dua negara.
  • Q: Apakah pencapaian perdagangan antara Malaysia dan Mesir tahun ini? 
    A: Perdagangan Malaysia-Mesir mencatatkan peningkatan sebanyak 74.7 peratus tahun ini, namun nilai asas perdagangan masih rendah dan menunjukkan potensi besar untuk diteroka.
  • Q: Mengapa hubungan penerbangan antara Malaysia dan Mesir ingin dipertingkatkan? 
    A: Hubungan penerbangan yang lebih baik, termasuk peningkatan kekerapan penerbangan, penting untuk menyokong pertumbuhan perdagangan, pelaburan dan pelancongan antara kedua-dua negara.
  • Q: Apakah potensi kerjasama lain yang dikenal pasti antara Malaysia dan Mesir? 
    A: Malaysia melihat Mesir sebagai rakan berpotensi untuk membekalkan produk farmaseutikal, selaras dengan usaha mendapatkan bekalan dari negara ekonomi sedang pesat membangun, termasuk negara anggota BRICS.

Must Watch Video

Advertisement