Skip to main content

Malaysia

Malaysia, Mesir meterai empat MoU perkukuh kerjasama dua hala

Pertukaran dokumen MoU itu berlangsung sempena lawatan negara Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi ke Malaysia dan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana. -Gambar PMO
Pertukaran dokumen MoU itu berlangsung sempena lawatan negara Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi ke Malaysia dan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana. -Gambar PMO

Advertisement

Ringkasan AI

  • Malaysia dan Mesir menandatangani empat MoU melibatkan pemerkasaan wanita, pendidikan tinggi, pelancongan dan pelaburan sempena lawatan Presiden Mesir ke Malaysia.
  • Pertukaran dokumen MoU disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu.
  • Mesir merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di Afrika dengan nilai dagangan meningkat 74.7 peratus kepada RM3.49 bilion bagi Januari-Ogos 2026.

PUTRAJAYA: Malaysia dan Mesir memeterai empat Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pemerkasaan wanita, pendidikan tinggi, pelancongan serta pelaburan bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Pertukaran dokumen MoU itu berlangsung sempena lawatan negara Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, ke Malaysia dan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, di sini, pada Sabtu.

Empat MoU berkenaan meliputi kerjasama di antara kerajaan kedua-dua negara dalam bidang pemerkasaan wanita, pendidikan tinggi dan pelancongan, selain kerjasama antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan Pihak Berkuasa Am bagi Pelaburan dan Zon Bebas Mesir.

MoU kerjasama dalam pemerkasaan wanita ditukar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bersama Menteri Luar, Kerjasama Antarabangsa dan Ekspatriat Mesir, Dr Badr Ahmed Mohamed Abdelatty.

Bagi kerjasama pendidikan tinggi, dokumen berkenaan ditukar oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir bersama Badr Badr Ahmed Mohamed.

MoU dalam bidang pelancongan pula ditukar Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, bersama Badr Badr Ahmed Mohamed.

Sementara itu, MoU antara MIDA dengan Pihak Berkuasa Am bagi Pelaburan dan Zon Bebas Mesir ditukar Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bersama Menteri Pelaburan dan Perdagangan Luar Mesir, Dr Mohamed Farid Saleh.

Pertukaran keempat-empat dokumen itu mencerminkan usaha Malaysia dan Mesir untuk memperluas hubungan kerjasama dalam sektor strategik, sekali gus membuka ruang kepada peluang baharu dalam pembangunan modal insan, pelancongan dan perdagangan serta pelaburan antara kedua-dua negara.

Lawatan itu merupakan kunjungan pertama Presiden Mesir ke Malaysia dalam tempoh hampir tiga dekad, selepas lawatan bekas Presiden Mohamed Hosni Mubarak pada November 1997 bagi menghadiri Sidang Kemuncak G-15 di Kuala Lumpur.

Mesir merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia dalam kalangan negara Afrika pada 2025 dengan nilai dagangan berjumlah RM3.08 bilion.

Daripada jumlah itu, eksport Malaysia ke Mesir bernilai RM2.55 bilion manakala import dari negara itu berjumlah RM530 juta.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026, jumlah dagangan di antara kedua-dua negara meningkat 74.7 peratus kepada RM3.49 bilion.

Malaysia dan Republik Arab Mesir menjalin hubungan diplomatik sejak 1959.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah empat bidang utama yang diliputi dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Mesir? 
    A: Empat bidang utama yang diliputi ialah pemerkasaan wanita, pendidikan tinggi, pelancongan, serta pelaburan.
  • Q: Siapakah yang menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Malaysia dan Mesir? 
    A: Pertukaran dokumen MoU disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana.
  • Q: Apakah tujuan utama pertukaran empat MoU antara Malaysia dan Mesir? 
    A: Tujuan utama adalah untuk memperkukuh hubungan dua hala dan memperluas kerjasama dalam sektor strategik antara kedua-dua negara.
  • Q: Bilakah kali terakhir Presiden Mesir membuat lawatan ke Malaysia sebelum ini? 
    A: Kali terakhir Presiden Mesir membuat lawatan ke Malaysia adalah pada November 1997 oleh bekas Presiden Mohamed Hosni Mubarak.
  • Q: Berapakah nilai dagangan antara Malaysia dan Mesir bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026? 
    A: Nilai dagangan antara Malaysia dan Mesir bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026 ialah RM3.49 bilion, meningkat 74.7 peratus.

Must Watch Video

Advertisement