Malaysia komited dan meminta semua pihak memastikan pelaksanaan yang berkesan terhadap Deklarasi Tatalaku (DOC) Pihak-pihak di Laut China Selatan secara keseluruhannya, serta kesimpulan awal mengenai Kod Tatalaku (COC) seperti yang dipersetujui antara China dan negara ASEAN.
Wisma Putra dalam kenyataan di sini berkata Malaysia percaya semua pihak berkaitan mampu menyelesaikan pertikaian secara aman dengan menghormati sepenuhnya proses diplomatik dan perundangan serta undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa (UNCLOS) 1982.
"Malaysia percaya ia adalah penting untuk mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan menerusi kawalan diri daripada menjalankan aktiviti yang mampu menambahkan kesulitan atau meningkatkan ketegangan, serta mengelakkan ancaman atau menggunakan kekerasan di Laut China Selatan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah bahawa Malaysia juga sedar Tribunal Timbang Tara di bawah Lampiran VII UNCLOS 1982 telah membuat keputusannya semalam.
Malaysia mahukan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan dan percaya China dan semua pihak yang berkaitan boleh mencari cara terbaik untuk mengadakan dialog yang sihat dan rundingan sambil menegakkan kedaulatan undang-undang untuk keamanan dan keselamatan di rantau ini.
Dalam keputusan bersejarah, Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague semalam membuat keputusan yang tidak memihak kepada China dalam pertikaian maritimnya dengan Filipina.
Ia memutuskan China tiada hak mengikut sejarah ke atas perairan yang kaya dengan sumber di Laut China Selatan itu serta mendapati China juga tiada alasan mengikut undang-undang untuk menuntut hak ke atas sumber di sana atas alasan ia berada dalam garisan 'nine-dash'.
China yang tidak mengambil bahagian atau mengiktiraf perbicaraan itu sejak ia bermula tahun lepas, menganggap keputusan itu sebagai 'satu pihak' sahaja.
Berikutan keputusan itu, China dalam kenyataannya berkata ia tidak menerima atau mengiktiraf keputusan tribunal berkenaan yang diadakan atas permintaan Filipina.
Bernama
Wed Jul 13 2016
Malaysia percaya semua pihak berkaitan mampu menyelesaikan pertikaian secara aman. -Gambar fail
Haram berdosa tunai haji tanpa visa sah
Tindakan rakyat Malaysia tidak mengikut saluran dan proses yang betul untuk menunaikan haji adalah berdosa dan haram berdasarkan Fatwa Kerajaan Arab Saudi, kata Pengarah Operasi Bimbingan Tabung Haji, Shahrin Awaluddin
#AWANI745
#AWANI745
Kes Zulfarhan: 12 bekas penuntut UPNM berdepan kesan sepanjang hayat
Bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kecederaan terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu, memberitahu Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Selasa bahawa mereka telah menerima kesan kejadian sepanjang hayat.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] LHDN tetapkan dua kaedah bayaran cukai dengan amaun tinggi
LHDN menetapkan dua kaedah pembayaran cukai membabitkan amaun yang tinggi untuk pembayar cukai syarikat serta individu.
PM ke Kyrgyztan, Kazakhstan, Uzbekistan bermula esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adakan lawatan rasmi ke Kyrgyztan, Kazakhstan, Uzbekistan bermula esok.
#AWANI745
#AWANI745
Anwar tolak keperluan kasino kedua untuk Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan untuk Malaysia bergantung kepada hasil kasino bagi membantu meningkatkan pendapatan negara.
Perdana Menteri berkata, ini kerana penumpuan negara dalam bidang seperti transformasi digital, pemindahan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) sudah mencukupi untuk mencapai matlamat itu.
#AWANI745
Perdana Menteri berkata, ini kerana penumpuan negara dalam bidang seperti transformasi digital, pemindahan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) sudah mencukupi untuk mencapai matlamat itu.
#AWANI745
Akaun Fleksibel: Literasi bantu capai kesejahteraan kewangan
Adalah penting untuk memberi penekanan terhadap aspek literasi kewangan bagi membolehkan orang ramai mencapai matlamat utama yang disasarkan, iaitu kesejahteraan kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes demam denggi menurun pada ME18, tiada kematian - KP Kesihatan
Sebanyak 1,995 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 (ME18) bagi tempoh 28 April hingga 4 Mei lepas berbanding 2,237 kes pada minggu sebelumnya.
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia suku tahun pertama 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Demografi Malaysia untuk suku tahun pertama 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton
Antaranya ialah konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.
Jumlah korban banjir lahar dingin di Indonesia meningkat
Sebanyak 52 orang ditemukan terkorban dan 17 lagi dilaporkan hilang selepas banjir lahar dingin merosakkan rumah, bangunan dan kemudahan awam di wilayah Sumatera Barat, Indonesia.
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata serta-merta
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
2 maut, lebih 20 cedera dalam serangan pisau ke atas hospital di China
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 23 lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah hospital di wilayah barat daya Yunnan di China.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.