Malaysia mulakan proses rundingan perolehan ubat antiviral Merck - KJ

Nursyazwani Saiful Sham
Oktober 2, 2021 02:56 MYT
Syarikat perubatan Merck mendakwa ubat antiviralnya terbukti menunjukkan keberkesanan sehingga 50 peratus mengurangkan kadar hospitalisasi dan kematian akibat wabak itu. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR : Malaysia sudah memulakan proses rundingan perolehan ubat antiviral COVID-19 daripada syarikat perubatan Merck.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan ia sebahagian daripada usaha kementerian itu untuk terus memperkasa usaha dalam peralihan kehidupan bersama COVID-19.
Malah katanya menerusi perkongsian di Twitter rasminya, penambahan pemilihan rawatan inovatif akan dilakukan sebagai tambahan vaksinasi.
"Dalam usaha kita beralih kepada hidup bersama COVID, kita akan menambah pilihan rawatan inovatif sebagai usaha tambahan selain vaksinasi.
"Saya sudah memulakan proses rundingan untuk Malaysia peroleh ubat yang berkesan selepas melalui ujian klinikal," jelasnya.

As we transition to living with COVID, we will be adding new, innovative treatment options to our arsenal in addition to vaccines. I have already started negotiating for Malaysia to procure these effective drugs that have gone through clinical trials. https://t.co/DIpvi5oOWa

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) October 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenyataan tersebut menyusul selepas syarikat perubatan tersebut mendakwa ubat antiviralnya terbukti menunjukkan keberkesanan sehingga 50 peratus mengurangkan kadar hospitalisasi dan kematian akibat wabak itu.
BACA: Merck dakwa ubat antiviral keluarannya 50 peratus berkesan rawat COVID-19
Merck dalam satu kenyataan memaklumkan ia akan memohon kepada pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) untuk membenarkan penggunaan ubat tersebut di seluruh dunia.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci menyifatkan ia sebagai berita sangat baik selain data yang dikemukakan adalah amat mengagumkan.
#Amerika Syarikat #Khairy Jamaluddin #ubat antiviral #COVID-19