awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia mungkin laksana VEP hujung tahun ini - JPJ

Bernama
Bernama
24/09/2018
22:18 MYT
Malaysia mungkin laksana VEP hujung tahun ini - JPJ
VEP sebelum ini ditangguhkan kerajaan kerana mahu menyeragamkan pelaksanaan di Malaysia-Singapura dan Malaysia-Thailand. - Gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke atas semua kenderaan asing yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), bermula hujung tahun ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Saharuddin Khalid berkata sistem permit itu kini dalam peringkat ujian akhir, sebelum dimuktamadkan Kementerian Pengangkutan.
"Saya sedang menunggu laporan akhir dan dijangka di terima Oktober ini sebelum mendapat kata putus daripada kementerian.
"Pelaksanaan ini tidak memberi tekanan kepada negara sempadan memandangkan ia hanya melibatkan urusan kita dan sempadan kita," katanya pemberita selepas melawat pegawai JPJ yang hilang upaya kekal di Kampung Sawah Dalam di sini, pada Isnin.
VEP sebelum ini ditangguhkan kerajaan kerana mahu menyeragamkan pelaksanaan di Malaysia-Singapura dan Malaysia-Thailand.
Sementara itu, berhubung lawatannya, Shaharudin berkata ia bertujuan menyerahkan kad persaraan kepada pegawai terlibat iaitu Syamaizar Mohamad Yahya, 35, yang kini terlantar akibat hilang upaya kekal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika pulang dari tempat kerja pada Ogos 2016.
Beliau berkata kad persaraan itu diberikan kerana mengambil kira faktor kesihatan Syamaizar yang tidak boleh berkomunikasi dengan baik ekoran sebahagian daripada tempurung kepalanya dibuang selepas mengalami cedera parah dalam kemalangan itu.
Syamaizar yang sudah berkahwin, berkhidmat sebagai Pegawai Pemeriksa Motor di JPJ cawangan Kuala Kubu sejak 23 Nov 2008.
"Sebelum ini, terdapat pelbagai pihak memberikan sumbangan kepada mangsa termasuk dari JPJ Selangor dan Johor. Malah pihak Lembaga Perubatan (JPJ) juga telah membuat keputusan untuk memberikan Cuti Perubatan Khas dan dibayar gaji pokok dan imbuhan-imbuhan tetap berdasarkan jawatan hakikinya.
"Tetapi selepas disahkan menghidapi kecederaan otak atau kelemahan akal dan tubuh badan maka dia layak menerima kad pencen," katanya.
Menurut Shaharudin, dengan kad pencen itu, Syamaizar akan layak menerima faedah seperti ganjaran dan gantian cuti rehat.
"Namun begitu, kita juga akan berusaha mewujudkan satu tabung khas bagi memastikan kebajikan Syamaizar sentiasa terbela, bahkan ia juga komitmen kita terhadap semua warga JPJ," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hilang upaya kekal
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#JPJ
#kad pencen
#kad persaraan
#Kementerian Pengangkutan
#kenderaan asing
#LINKEDUA
#Malaysia Singapura
#permit masuk kenderaan
#Saharuddin Khalid
#sistem permit
#tabung khas
#Tambak Johor
#VEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan